Wednesday, 21 August 2013

BAS GENTING JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS | Tragedi Bas Jatuh Gaung: 33 Dikhuatiri MAUT Dan Ramai TERPERANGKAP

BAS GENTING JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS | Tragedi Bas Jatuh Gaung: 33 Dikhuatiri MAUT Dan Ramai TERPERANGKAP | Bas membawa dipercayai lebih 40 penumpang dilaporkan jatuh terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.5 dari puncak Genting Highlands tatkala menuruni bukit.


"Kira-kira 50 penumpang berada di dalam bas itu kerana sebilangan berdiri. Setakat ini, 9 mangsa berjaya dibawa naik  oleh pasukan penyelamat, seorang daripada mereka  maut. Penumpang, Melayu, Cina, warga Bangladesh pun ada," kata sumber berkredibiliti saya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa berjaya diselamatkan kemudian diberikan bantuan kecemasan sebelum antara mereka dihantar ke Hospital Selayang dan Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi dan berkemungkinan besar kebanyakkan mangsa di dalam bas  mengalami kecederaan parah akibat terhumban pada ketinggian lebih kurang 50 meter.


Dimaklumkan Sultan Pahang akan melawat lokasi kejadian.



Berita baru saya (mazidul) terima, 19 mangsa dibawa naik, 3 maut dan sultan Pahang dalam perjalanan ke lokasi. Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang yang terselamat dalam bas persiaran terbabit. Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.



Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut. Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

lagi kisah mengenai TRAGEDI, klik SINI & SINI 

AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 50 meter ke dalam gaung. Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Berhati-hatilah ketika memandu, jangan hanya hendak cepat sampai ke destinasi keselamatan digadaikan. 

sumber: http://www.mazidulakmal.com/2013/08/bas-jatuh-gaung-di-genting-highlands.html &
http://mutaligat.blogspot.com/2013/08/gambar2-bas-jatuh-gaung-di-genting.html

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"