Cara NABI MUHAMMAD SAW Berhari Raya | Cara-Cara Menyambut Hari Raya Aidilfitri Menurut Islam
8/07/2013 08:08:00 pm
Cara NABI MUHAMMAD SAW Berhari Raya | Cara-Cara Menyambut Hari Raya Aidilfitri Menurut Islam | Sekadar perkongsian Ilmu daripada Abe bersempena dengan sambutan 1 Syawal esok.
1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata:
"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".
3. Mandi sunat hari raya.
4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.
Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.
5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan. Dari Jabir r.a. berkata:
"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".
6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)
7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.
8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;
الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.
Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.
9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;
الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.
Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.
10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.
11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)
Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)
12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu;
تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna waminkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”
Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
Tringat zaman arwah tok wan ada..masa kecik2 dulu..malam raya di panggilnya cucu-cucu yg ada bertakbir bersama...sebelum arwah ke masjid...
ReplyDeleteSecara ringkasnya:
ReplyDelete1. mandi sunat
2. Berpakaian baik
3. Sarapan
4. Solat aidilfitri
5. Bertegur sapa
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"