Sahabat Que 'Silent Readers'

CHETZ YUSOF TERKINI | Chetz Yusof (Maznah Yusof) Akhirnya DITAHAN POLIS

8/01/2013 08:16:00 pm

CHETZ YUSOF TERKINI | Chetz Yusof (Maznah Yusof) Akhirnya DITAHAN POLIS | SEGAMAT: Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Yusof, 38, yang memuat naik klip video kontroversi 'menyambut Aidilfitri bersama anjing' direman bermula hari ini hingga esok oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat Mohd Anuar Ostadi di sini, hari ini.

Foto
Maznah (kanan) di Mahkamah Majistret Segamat. FOTO Ahmad Ismail

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat Inspektor Osthman Mantaha memohon tempoh tahanan reman selama empat hari namun peguam mewakili Maznah, G Visvanathan membantah dengan alasan anak guamannya sudah ditahan di Bukit Aman sejak kelmarin.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Maznah dibawa oleh sepasukan anggota IPD Segamat ke Mahkamah Majistret pada jam 10 pagi hari ini berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berkaitan klip video terbabit di IPD Segamat pada 30 Julai lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pengadu yang juga peniaga berusia 23 tahun membuat satu laporan polis pada 30 Julai di IPD Segamat kerana tidak berpuas hati dengan Maznah.

"Pengadu membuka laman sosial Facebooknya di kediamannya di sekitar daerah ini pada jam 10 pagi pada 30 Julai lalu.

"Pengadu melihat klip video mengandungi rakaman orang berwuduk disamakan dengan membersihkan anjing dan berlatar belakangkan laungan takbir raya. Pengadu kemudiannya membuat laporan polis," katanya.

Menurut Mohd Kamil, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

rujuk entri sebelum, Klik SINI, SINI, SINI & SINI

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad