Sahabat Que 'Silent Readers'

Ciri-ciri LELAKI Yang Buat WANITA JATUH HATI | WAJIB BACA !!!

8/23/2013 12:30:00 pm


Ciri-ciri LELAKI Yang Buat WANITA JATUH HATI | WAJIB BACA !!! | Ketahuilah lelaki tentang ciri-ciri yang ada pada kamu yang mampu buat seorang wanita jatuh hati dan terpikat. Wanita bukanlah melihat pada ke kacakan kamu jew dia juga melihat ciri-ciri yang ada pada dirimu.


Apakah ciri-ciri itu? 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Kebesihan diri adalah satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh seorang wanita, tak kisahlah kalau muka kamu hensem sekali pun sekiranya kebersihan tidak dijaga sudah pasti wanita tidak akan menyukai kamu. Kebersihan itu penting.

2) Mempunyai perwatakan tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. 

4) Bersikap prihatin
Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
P/S Cukuplah perkongsian kita hari ini semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendekati diri dengan si dia agar perhubungan anda semakin baik.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad