[GAMBAR] KEMALANGAN MAUT | Tragedi Selepas MAKAN MALAM | TANAH MERAH – Perjalanan empat sahabat untuk pulang ke rumah
masing-masing selepas makan malam di daerah ini berakhir dengan tragedi
apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di
Kilometer 54.8, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli di sini semalam.
ANGGOTA polis menunjukkan keadaan sebuah Perodua Kancil yang meragut nyawa empat pemuda di Kilometer 54.8, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Tanah Merah semalam. |
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tiga daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala Nor Anas meninggal dunia dua jam kemudian di Hospital Tanah Merah (HTM).
Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan, Abdul
Aziz Mahmud, ketika kejadian, keempat-empat mangsa yang menaiki kereta
Perodua Kancil sedang menuju ke Machang dari Tanah Merah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Fakhru
Nizam hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda
dari arah bertentangan.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"