JAKIM Putuskan Pelatih Anjing Muslim CHETZ YUSOF/MAZNAH YUSOF, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil KhirPutuskan Pelatih Anjing Muslim, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil Khir
8/02/2013 08:10:00 pm
JAKIM Putuskan Pelatih Anjing Muslim CHETZ YUSOF/MAZNAH YUSOF, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil Khir | Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) memutuskan pelatih anjing Muslim Maznah Mohd
Yusof menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di
YouTube.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Jakim akan memaklumkan
perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
bagi membuat tindakan susulan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Rakaman video yang menunjukkan seorang Maznah menyambut Aidilfitri
bersama tiga ekor anjingnya tersebar luas menyebabkan beliau dibawa ke
Segamat, Johor untuk ditahan reman.Bagaimanapun, Maznah sudah dibebaskan sebentar tadi.
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal
keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas
hari ini.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai
baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah
mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya
sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri
bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan
menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk
bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. – 2 Ogos, 2013.
2 comments
Kata putus x mmberi efek apa2..
ReplyDeleteJalankan saja hukuman.
Kes raya dengan anjing korang ambil tindaka. Macam mana dengan kes tinggalkan ibu bapa yang sudah tua di rumah untuk warga emas, ditinggalkan beraya berseorangan. Tak nak ambil apa2 tindakan ke? Macam mana dengan kes dato bela 4 ekor anjing dirumah, dalam rumah ada minibar penuh dengan alkohol tak ambil tindakan ke?
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"