Wednesday, 21 August 2013

MESIR TERKINI | Perihal Orang Fanatik


MESIR TERKINI | Perihal Orang Fanatik | Terdapat golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa kenyataan Raja Saudi, Raja Abdullah yang dikeluarkan dua hari lalu adalah kenyataan yang menyokong tentera Mesir.


Antara isi kandungan kenyataan Raja Saudi itu ialah "bahawa Kerajaan Arab Saudi, rakyat dan kerajaannya berdiri bersama hari ini dengan saudara-saudara mereka di Mesir dalam menentang keganasan, kesesatan dan fitnah bagi berhadapan dengan percubaan untuk mencampuri urusan dalaman Mesir."
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Terdapat dua perbahasan dari petikan kenyataan ini:

1) Kenyataan "bagi menentang keganasan" ini senada dengan ketua tentera Mesir Abdul Fatah As-Sisi. Bukankah Sisi selama ini meminta rakyat Mesir memberikannya kuasa bagi dia berhadapan dengan pengganas?

2) Adakah tindakan kerajaan Saudi yang menyokong kerajaan kudeta Mesir melalui bantuan kewangan tidak disifatkan "mencampuri urusan dalaman Mesir". Bukankah Raja Saudi yang merasuah As-Sisi dengan USD 1 billion bagi menggulingkan Mursi?

Golongan yang saya boleh sifatkan 'fanatik' Raja Saudi kerana masih mahu mempertahankan raja yang zalim dan melakukan jenayah besar kerana tangan Raja Abdullah antara negara Arab yang menyokong pelan rampasan kuasa tentera di Mesir. Golongan taksub Raja Saudi ini juga telah membawa fatwa-fatwa dari ulamak Saudi yang wajib mempertahankan pemimpin sekalipun zalim.

Inilah ulamak-ulamak Wahabi pengampu yang cuba mengampu dinasti keluarga Saud yang memerintah Saudi berpuluh-puluh tahun yang menjadi sekutu kuat Amerika. Ulamak mereka hanya lebih cenderung membahas masalah furu' dengan mengharamkan tawassul, berdoa di maqam Rasulullah SAW, melarang binaan di kubur Baqi'e sehingga sukar bagi kita hari ini mana perkuburan sahabat Nabi, mengharamkan politik tetapi dalam masa yang sama menjadi pengampu kepada Raja ini dengan fatwa yang pelik.

Di mana saja ketua negara Arab yang tidak dipilih melalui pilihanraya secara telus oleh rakyat maka dia adalah boneka Amerika dan Yahudi. Berapa puluh tahun sudah kerajaan Saudi dijadikan 'harta warisan' keluarga Saud dengan berselindung di sebalik gelaran "Khadam Dua Tanah Haram". Apa yang dikhadamkan, tidak pula pasti. Ke mana tempat-tempat suci dan bersejarah? Mana rumah Saidatina Khadijah yang berada di luar bukit Sofa yang dijadikan tandas? 

Mana kesan-kesan peninggalan para sahabat yang lain? Semua dihapuskan kononnya bagi mengelakkan pemujaan sedangkan rajanya yang memuja Amerika tidak pula dihiraukan. Adakah syirik yang paling besar selain tunduk kepada kehendak makhluk?Hakikatnya, Saudi amat bimbang jika angin perubahan yang melanda Mesir turut melanda Saudi. 

Pihak berkuasa Saudi juga turut menekan dan menindas kumpulan Islam di negara itu termasuk kepada warganegaranya yang keluar berjihad seperti Afghanistan dan Iraq. Sifat taksub dan fanatik ini juga yang membelenggu sesetengah mereka yang berada di Mesir ketika ini. Tidak dapat menerima kesalahan dibuat oleh sesetengah ulamak. 

Bagi mereka, seakan-akan ulamak itu tidak boleh melakukan kesalahan dengan alasan "ijtihad ulamak" walaupun terang lagi bersuluh ulamak itu mengeluarkan kenyataan menyokong tentera, tetapi dipertahankan juga dengan hujah dan dalil "terpencil" tanpa mengira pandangan ulamak semasa yang dikeluarkan atas nama jama'ah. Maka wabak fanatik raja dan ulamak ini suatu yang serius. Mereka perlu diperingatkan kepada ayat Allah dalam surah Hud ayat 113 yang bermaksud "Dan jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim nescaya kamu akan disambar oleh api neraka."Mahu pertahankan raja kesayangan kalian, silakan.

Mahu pertahankan ulamak kesukaan kalian, silakan. Tetapi jangan sampai seakan-akan mereka tidak boleh bersalah langsung. Jika mereka sudah tergelincir dari landasannya maka dengan penuh hormat, kita tidak lagi bersama-sama mereka. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"