Orang Kita Memang Sensitif | Untuk Renungan Kita
8/14/2013 11:31:00 am
Orang Kita Memang Sensitif | Untuk Renungan Kita | Teguran dan muhasabah ini untuk kebaikkan bersama. Semoga bermanfaat.
Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.
Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.
Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.
Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.
Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.
Dari seorang teman... untuk renungan kita. Teguran dan muhasabah ini untuk kebaikkan bersama ..... Semoga bermanfaat...
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
sebab tu kita tak boleh melatah dan menghukum dgn cara kita sendiri.. sedangkan kita lupa dosa dan pahala tua tu ditentukan Allah.. kita mesti bijak menangani masalah berkaitan agama dgn akal yg diberi Allah SWT... selamat hari raya Abe ;D
ReplyDeleteWAH...sebijik betol dgn pemikiran saya.. paling tak tahan orang melayu kita mmg sensitif sesangat walhal dri sendrik pon tak berapa nk betol
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"