Perbuatan Mungkar Berleluasa Di Akhir Zaman | SABDA RASULULLAH SAW | Daripada Ibnu Mas`ud RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesungguhnya akan berlaku (secara berleluasa) sepeninggalanku nanti sifat mementingkan diri dan perbuatan mungkar”.
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah pesananmu kepada kami”,
Sabda Rasulullah SAW, “Tunaikan kewajipan kamu dan mintalah kepada Allah untuk mendapatkan hak kamu.” Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1.Kita hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan sama ada manis atau pahit.
2.Seseorang itu dikehendaki bersabar menghadapi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim supaya menjalankan kewajipan dengan sempurna bagi semua perkara.
3.Hanya kepada Allah seseorang itu boleh berharap dan berserah mengenai sesuatu.
Silakan Share/Tag.. Moga Ia Memberi Peringatan/Pengajaran Kepada Yang Membacanya..
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"