Sahabat Que 'Silent Readers'

SUAMI... JANGAN PEJAM MATA PERKARA INI... | Mesti Baca !!!

8/17/2013 04:15:00 pm


SUAMI... JANGAN PEJAM MATA PERKARA INI... | Mesti Baca !!! | En. Ramli, seorang PENSYARAH di sebuah IPT, menghadapi masalah dengan isteri, Pn. Ramlah, seorang SURI RUMAH...


Dalam usaha hendak menyelesaikan masaalah tersebut, En. Ramli berjumpa dengan seorang Kaunselor...berikut adalah diantara temubual mereka:-
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Ramli?..
Encik Ramli: Saya bekerja sebagai Pensyarah di sebuah IPT...

Kaunselor : Pn. Ramlah pula?..
Encik Ramli: Dia tidak bekerja... Hanya suri rumah sahaja...

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?..
Encik Ramli: Ramlah yang sediakan, sebab dia tak kerja...

Kaunselor : Pukul berapa Pn. Ramlah bangun untuk sediakan sarapan?..
Encik Ramli: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi...

Kaunselor : Anak-anak Encik Ramli ke sekolah bagaimana??..
Encik Ramli: Ramlah yang hantar, sebab dia tidak bekerja...

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Pn. Ramlah buat apa?..
Encik Ramli: Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.. Ramlah kan tak bekerja...

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Ramli balik rumah, apa yang Encik Ramli lakukan?..
Encik Ramli: Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja...

Kaunselor : Apa Pn. Ramlah buat?..
Encik Ramli: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam, kerana dia tidak bekerja....

Berdasarkan temubual di atas, ANDA RASA SIAPA YANG LEBIH BANYAK BEKERJA?? Rutin seharian Pn. Ramlah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Hargai isteri anda... Jangan pandang sebelah mata pada SURI RUMAHTANGGA....
Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

3 comments

  1. tapi kadang2 encik suami tak nampak benda ni..:D

    ReplyDelete
  2. tau xpe..tapi suami sllu pikir.." awok 2 bukan bekerja sy keluar bekerja penat2 ni.awak apa tau dok umah je" betoi x?

    ReplyDelete
  3. sokong.. sy bekerja juga, tp tugas sy dari 5.30am hingga 12.00tengah malam... kadang2 terasa juga bile suami kata "ala, syg keja opis, duduk jer".. yg di opis 8 jam dia nmpak, yg lain2 jam?.. Alhamdulillah, dia faham akhirnya dan banyak membantu saya..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad