HANYA Tahu KEMATIAN KAKAK Pada Hari Ke-3KUALA LUMPUR – Kebimbangan seorang wanita mengenai kakaknya yang
dilaporkan tidak hadir ke tempat kerja terjawab apabila wanita itu, Yap
Moi, 60, merupakan seorang daripada 37 mangsa yang terkorban dalam
kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands
pada Rabu lalu.
YOP PENG menunjukkan gambar kakaknya yang maut dalam nahas bas henti-henti di Jalan Genting Highlands. |
Yap Yop Peng, 57, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas majikan
Yap Moi menghubunginya apabila usaha mencari wanita itu yang bekerja
sebagai tukang cuci gagal.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Majikan kakak saya telah menyemak akaun banknya dan mendapati dia
(Yap Moi) ada melakukan transaksi di sebuah bank di Genting Highlands.
“Selepas mendapat tahu dia pergi ke sana, saya datang ke hospital dan
terkejut apabila mendapati kakak saya merupakan salah seorang mangsa
yang terkorban dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika ditemui di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
sumber: http://www.kosmo.com.my
Tragedi Bas Jatuh Gaung
Gambar Terkini Bas Jatuh Gaung
Tragedi Genting
Video TERKINI TRAGEDI GENTING HIGHLANDS
Malang memang tidak berbau.
ReplyDeletesadisnyer... nasib kaka dia bijak... kalau tak dia mesi tak tahu kaka dia pergi kemana...
ReplyDelete