Tuesday, 27 August 2013

‘Upgrade’ Kubur ALLAHYARHAM TAN SRI P RAMLEE | Dengan Kos RM25k Adalah HARAM

‘Upgrade’ Kubur ALLAHYARHAM TAN SRI P RAMLEE | Dengan Kos RM25k Adalah HARAM | Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.


Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

“Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji

“Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

“Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

sumber: http://izyan.com/2013/08/upgrade-kubur-p-ramlee-rm25k-haram.html

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"