Sunday, 11 August 2013

Wanita Hamil Mati Makan Lemang | SATU SPEKULASI


Wanita Hamil Mati Makan Lemang | SATU SPEKULASI | Ia TIDAK BENAR sama sekali, kata Polis DiRaja Malaysia. SIK: Polis meminta orang ramai agar jangan percaya khabar angin mendakwa seorang wanita hamil mati selepas memakan lemang dipercayai mengandungi ular di dalamnya.


Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, berita itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sik dan negeri ini sejak seminggu lalu itu adalah tidak benar sama sekali.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Beliau berkata, polis juga menerima maklumat bahawa berita palsu tersebut turut dimuat naik dalam laman sosial dan disebarkan secara meluas dalam internet menjelang Hari Raya Aidilfitri

"Namun, siasatan awal mendapati berita itu adalah tidak benar, malah mengelirukan pengguna.

"Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti itu berlaku di daerah Sik atau tempat lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Ismail mengulas mengenai khabar angin yang tersebar luas mendakwa seorang wanita hamil maut selepas memakan lemang yang dibeli di tepi jalan di daerah itu.

Khabar angin tersebut menyatakan selepas dibelah, batang buluh tersebut mengandungi seekor ular kapak yang dibakar bersama lemang.

Sehubungan itu, Mohd. Ismail mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau terus menyebarkan berita palsu tersebut.

"Kita tidak pasti motif penyebar berita palsu ini tetapi saya ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan khabar-khabar angin yang boleh mencemaskan seperti ini," ujarnya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"