Monday, 19 August 2013

Wanita Kerat Kemaluan Doktor & Pos Kepada Isteri | BILA PERTIMBANGAN DIRI HILANG

Wanita Kerat Kemaluan Doktor & Pos Kepada Isteri | BILA PERTIMBANGAN DIRI HILANG | Seorang wanita telah mengaku membunuh seorang doktor dengan mengerat tekak dan kemaluan lelaki tersebut turut dipotong serta dihantar kepada isteri doktor lelaki tersebut sebelum petugas kurier menghantar bungkusan berisi kemaluan ke balai polis.


Wanita Kerat Kemaluan Doktor & Pos Kepada Isteri
(Gambar Preeti diiring oleh polis)

New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan.
Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.
Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.
“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003.

“Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.
“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya. – Agensi

1 comment:

  1. 13 thn didera. He deserved it. Jahat dibalas jahat.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"