Sahabat Que 'Silent Readers'

ADI PUTRA TERKINI | Kes GAMBAR LUCAH Di WHATSAPP: Komen Isteri Adi Putra

9/10/2013 03:09:00 pm



ADI PUTRA TERKINI | Kes GAMBAR LUCAH Di WHATSAPP: Komen Isteri Adi Putra | “Jangan mudah hukum dia” itulah yang diperkatakan oleh Aida Yusof, apabila suaminya didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain malah menurutnya kontroversi terbabit tidak akan sesekali menggugat keharmonian rumah tangga mereka 
 
 



Dalam laporan yang disiarkan HIP, Aida Yusof akan tetap berdiri teguh di belakang suaminya walau apapun yang terjadi dan menggangap orang boleh berkata apa sahaja mengenai Adi Putra namun beliau lebih mempercayainya kerana tahu apa yang sebenarnya berlaku
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dalam perkembangan yang sama, beliau menjelaskan kepada media, tindakan Adi Putra mendiamkan diri setelah kontroversi ini disiarkan oleh media, bukan kerana mahu melarikan diri sebaliknya tidak mahu menganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis berkenaan kes itu.

Menurut Aida lagi, yang merangkap pengurus kepada suaminya, Adi Putra tidak melarikan diri ke mana-mana malah dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu.
Adi Putra berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan tambahnya lagi
Akhbar Berita Harian pada Khamis, melaporkan pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan dan suami wanita berkenaan membuat aduan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, beberapa laman blog, mula menyiarkan beberapa keping foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kontroversi skandal Adi Putra.

sumber: http://www.mysumber.com/artis/kes-skandal-komen-isteri-adi-putra#ixzz2eRRm1elH

You Might Also Like

3 comments

  1. moga cepat2 ler isu ni reda.

    ReplyDelete
  2. siapa yang benar, siapa yang salah...Allah lebih tahu... dan memang tugas isteri menyokong suami dan berada di belakang suami...hanya Allah yang tahu dan hanya isteri yang mempunyai rasa serta naluri tentang suami sendiri... ^_^

    ReplyDelete
  3. tengok lah pakaian wanita itu.....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad