Bacalah Wahai Kaum Adam | Kenalilah Wanita
9/20/2013 08:15:00 am
Bacalah Wahai Kaum Adam | Kenalilah Wanita |
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya..
Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan
kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah
terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh
menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang
comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh
walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan
segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang
membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah
timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah
pear menanggung zuriatnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Wanita, hebatnya dia di saat dia
mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau
secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang
ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita? Anda bertuah menjadi seorang wanita.. Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.
2 comments
itu sebabnya aku tak bagi bini aku mengandung lagi, terpekikk terlolong, dia aje yang tahu, yang setan sama Manusia jaga tepi spender orang" asyik dok tanya bila nak tambah no 2,3,4, 5.
ReplyDeleteotak ada ka, yang sakit bini aku, ko sibuk apesal. Bodoh punya orang!
Sabar sabar
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"