ISU SEMASA TERKINI | Kenderaan SPAD DIKEPUNG Kumpulan Pemandu Lori
9/05/2013 02:30:00 pm
ISU SEMASA TERKINI | Kenderaan SPAD DIKEPUNG Kumpulan Pemandu Lori | Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan
Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini semalam.
Kereta peronda SPAD dikepong lori. |
Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd Shariff
Jamal Abidin, berkata kejadian dipercayai susulan rentetan penahanan
beberapa lori dalam operasi berkenaan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
'Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi (kelmarin) menahan beberapa lori
membawa muatan berlebihan di sekitar Bukit Besi, Dungun selain Semambu,
di sini.
“Selepas itu, pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di
sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi (semalam) telah dikerumuni 30
pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang
dijalankan itu,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kekerasan dilaporkan
berlaku ketika kepungan itu dan selepas mendapat penjelasan serta
bantuan polis, semua pemandu lori berkenaan dapat disuraikan.
“Kumpulan pemandu lori itu turut menyuarakan masalah mereka selain
membuat beberapa tuntutan,” katanya sambil menambah, satu laporan polis
berhubung kejadian terbabit dibuat SPAD di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuantan jam 2.41 petang, semalam.-bernama
sumber: http://terengganutoday.com/
sumber: http://terengganutoday.com/
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"