JANGAN SEDIH | Berilah Persahabatan Tanpa Mengharap Balasan
9/04/2013 06:09:00 pm
JANGAN SEDIH | Berilah Persahabatan Tanpa Mengharap Balasan | Jujurnya, Sekarang ni Abe rasa macam tu! Dipinggirkan kawan-kawan, tapi sebabnya mungkin Abe yang tak pandai bawa diri?
Awak sedih ke kerana mudah dilupakan?
baca lagi kllik TAJUK ENTRI ni
Jangan sedih, bukan hak kita untuk sentiasa
diingati dan dikenang-kenang. Ingat, kita boleh buat baik, tapi kita
tak boleh paksa orang suka dan ingat kita. Kalau orang ingat dan suka kita, itu adalah salah satu kurniaan tuhan juga.
Berkawan, tapi jangan berharap.
Kawanlah dengan siapa-siapa, tapi jangan selalu
berharap mereka akan selalu ambil kisah tentang Abe. Bimbang itu akan
hanya melukai diri Abe dan membuat Abe kecewa.
Bila kita letak pengharapan pada manusia, maka
manusia selalunya akan hanya mengecewakan kita. Berkawanlah dengan
ikhlas, berilah persahabatan, tanpa mengharapkan balasan.
Abe tahu itu susah.
Normallah sb Abe ni manusia.
Nak juga ada someone yang rapat, yang selalu peduli dan ambil kisah tentang Abe selain Isteri tersayang. Maksud Abe, kawan-kawan yang selalu bersama berkeriangan, berkongsi cerita. But then, jangan bandingkan diri Abe dengan orang lain. Abe telah berkahwin, mungkin sebab itu, Abe 'dirasakan' xsesuai untuk berkawan dengan 'orang-orang bujang'. Paling perit bila Abe rasakan yang Abe ni macam 'TERHEGEH-HEGEH' je nak berkawan TAPI kawan sendiri pun xsuka.
Tak semestinya bila orang lain ada ramai kawan rapat
dan kawan yang selalu peduli dan ambil kisah, maka Abe pun mahu benda
yang sama. Ada lah sebabnya Abe tak mendapatkannya.
Jangan berfikiran negatif.
Tak selamanya Abe akan forever alone. Tuhan lebih tahu. Mohon lah bantuan dan petunjuk DIA. By the way, Abe rasa Abe selalu sorang2 sekarang ni, tak ada kawan rapat, rasa tak ada orang peduli, tak ada orang kisah. Sakit kan. Tapi bila kita berhenti berharap pada kebaikkan manusia, maka akhirnya nanti, kecewa dan rasa sakit itu akan hilang.
Berkawanlah, dan pedulilah tentang orang lain, walaupun mungkin mereka tak melakukan perkara yang sama.
Jangan sedih. Carilah kekuatan dalam bersendirian itu. Carilah hikmah dalam ujian tuhan ini. Optimislah. Buatlah baik walau tidak dibalas kebaikkan.
Pedulikanlah orang lain, walau mereka tak pernah ambil peduli. Carilah contoh2 yang baik disekeliling korang, dan jangan terus membiarkan diri diselubungi kesedihan kerana perasaan RASA terpinggir itu.
BERSEDIH? Itu tak akan membantu, orang lain tak boleh tolong Abe, Abe yang kena fight utk diri sendiri!
Tak laratlah nak terus bersendiri dan bersedihkan? Abe kan ada isteri yang baik & memahami, juga bakal ada Bayi sendiri. Takperlu nak rasa diri ni dipinggir. Tak best la nak forever alone kan?
Apa yang Abe boleh buat, cuba bergaullah dan berkawanlah. Jangan meminggirkan
diri. Itu tak akan membantu. Islam kan mengajarkan kita untuk berbuat
baik dan bersangka baik? :) Semoga urusan Abe dipermudahkan ya. :)
Apa yang boleh Abe buat sekarang ini, Abe akan lihat langit, dan SENYUM...
6 comments
Apa pun yang terjadi , Ty tetap akan ada dengan Abe. TQ untuk entri yang terbaik ini.. LOVELY one , biasalah Abe , kita je ingat kawan dan jaga hati , silap sikit terus JUDGE itu ini. Tak cermin diri sendiri sebab tu la bajet dan feeling GOOD2!
ReplyDeletedalam bersahabat ni ada macam2 kerenah dan perangai, apa yang penting kita sendiri kena ikhlas dan jujur dalam persahabatan... yang lain terpulang pada mereka... tabahkan hati ye Abe...
ReplyDelete:'( WHY.
ReplyDeleteHmmm.....bersabar lahh, walau seramai mana sahabat yang kita ada, Allah swt juga peneman setia dalam apa jua keadaan. Pcm lagi lah, bukan manusia yang punya ramai kawan, dan pcm tidak mengharapkan apa2 dalam hubungan persahabatan asal mereka menerima seadanya itu sudah memadai. Kita tidah dapat memuaskan hati semua orang dan orang tak semestinya suka dengan kita walaupun kita telah berusaha menuju ke arah itu. Rasa terpinggir itu memang ada, tapi itu hanya perasaa... Nasihat pcm tak perlu rasa terhegeh2, kita ada maruah dan harga diri. Hadapi situasi ini dengan tenang, yakin dan penuh ketabahan...
ReplyDeleteSuka beca entry nie....berkawan biar berpada2 pada Allah ingt sentiasa...
ReplyDeleteTlg klik link ni yer
http://www.vitamins2allbeauty.blogspot.com
Usah berbangga dgn ramainya kawan klu dimasa susah semua nya meninggalkan kita,kawan sebenar sentiasa disamping dikala susah...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"