Thursday, 5 September 2013

Jangan Tangisi Jika PERSAHABATAN Itu Tidak Lagi Bermaya | BERMAAFAN: MUHASABAH DIRI BAIKI KEKURANGAN

Jangan Tangisi Jika PERSAHABATAN Itu Tidak Lagi Bermaya | BERMAAFAN: MUHASABAH DIRI BAIKI KEKURANGAN | Persahabatan kadang tidak bersama keihklasan, namun selalunya keikhlasan pasti bertemu persahabatan.
 
Sekadar gambar hiasan. kredit: TraveloQue.com
Persahabatan dengan seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri. Persahabatan jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
baca lagi klik TAJUK ENTRI niAda Persahabatan yang hanya mengambil masa yang sekejap saja. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah bersahabat. Namun masih kita belum ketahui adakah Persahabatan yang hadir itu sebenarnya Persahabatan Sejati atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya.

Pada Abe, untuk bersahabat dengan seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan karekternya. Membuatkan kita selesa bersahabat dengannya. Merimaskan diri merindui di kala malam. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri. Itulah Persahabatan. Berat perasaannya…

Selalu kita bersahabat tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Bersahabat dengan orang yang tidak mempunyai perasaan persahabatan sejati dengan kita adalah perkara biasa. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan nilai persahabatan..

Sungguh perit dan pedih bila Persahabatan hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi adakah itu sebenarnya nilai persahabatan? Atau mungkin sayang atau suka. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya... Persahabatan yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Persahabatan berbalas misalnya, terasa dunia kita yang punya. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar. Berbunga mekar menghiasi alam.

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada nilai Persahabatan. Tapi perasaan itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.

Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat. Dan adakah mungkin masing masing merasai nilai persahabatan itu tetapi tidak menghayati betul-betul betapa pentingnya untuk menjaga sesebuah Persahabatan.

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya bersahabat. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki...

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai Persahabatan. Dan pengalaman kita tidak sama. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan Persahabatan berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari Persahabatan sesama insan semata-mata. Tujuan dan matlamat kita bukanlah Persahabatan duniawi yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila Persahabatan tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila Persahabatan itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan dalam Persahabatan, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu? Seruan Abe mudah je... BERMAAFAN: MUHASABAH DIRI BAIKI KEKURANGAN

2 comments:

  1. Setuju... sahabat bkn bermakna kawan yg sudah lama kita kenali tp lebih kepada keserasian karektor dan identiti diri serta persefahaman yg saling wujud...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"