Sahabat Que 'Silent Readers'

Jika Tiada REZEKI Lagi... | SAHABAT, KAMU JANGAN PUTUS ASA

9/24/2013 09:39:00 am


Jika Tiada REZEKI Lagi... | SAHABAT, KAMU JANGAN PUTUS ASA | Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Renungkn bersama.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

3 comments

  1. yang pasti kita kena sentiasa bersyukur..
    ada hikmah untuk setiap yang terjadi,
    kita takkan berjaya jika mudah berputus asa.

    ReplyDelete
  2. Sama pula dengan entri rakan blog yg lain.. bersyukur apa yg ada :)

    ReplyDelete
  3. Ya ... Bersyukur dengan rezeki yang ada ... Tapi kenalah berusaha dan berdoa untuk memdapat yang terbaik ...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad