KISAH RENUNGAN WAJIB BACA !!! | Tapi.. PAPA Buat Kat MAMA Boleh?
9/13/2013 04:38:00 pm
KISAH RENUNGAN WAJIB BACA !!! | Tapi.. PAPA Buat Kat MAMA Boleh? | (renungkan la) Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku
saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk
berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya
didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2
golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang
bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan
Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50
org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada
satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4
tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras
wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan
berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan
dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun
aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2
lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan.
Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur
dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi
memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel
duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini
segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2
lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan
mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi
Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk
kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita
juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik
Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil
tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak
mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish
bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini
dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti
biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi
tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti
bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak
kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata
bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang
dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan
sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish
sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis
(mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam).
Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai
semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”
!!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan
cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel
kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui
sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel.
Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi
menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar
untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong
dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa
Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim.
Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg
perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral: sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari
apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada
garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila
yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas
berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan
dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila
ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui,
supaya kisah seperti ini tidak berulang..
sumber: http://www.isuhangat.net
2 comments
Aduh! risaunya....terima kasih berkongsi.
ReplyDeleteMakanya, sebelum marahkan anak atau tuding jari kat org lain, istighfar dan analisa diri kita dulu sebagai ibu bapa. Sebab selalunya, silapnya berpunca dari kita sendiri atau mungkin balasan utk dosa dosa kita yang lepas. Wallahualam.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"