[GAMBAR] Lukisan Yang DIDAKWA HINA ISLAM | Bertajuk 'I Is For IDIOT'
9/02/2013 12:04:00 am
[GAMBAR] Lukisan Yang DIDAKWA HINA ISLAM | Bertajuk 'I Is For IDIOT' | Sebuah lukisan yang menyentuh sensitiviti umat Islam
diturunkan serta-merta selepas beberapa pihak membuat laporan polis.
GAMBAR menunjukkan lukisan bertajuk I is for Idiot yang dipamerkan kepada umum baru-baru ini. |
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, lukisan bertajuk I is for Idiot itu telah dipamerkan di sebuah galeri pameran di ibu kota.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, penganjur pameran lukisan itu telah menurunkan gambar itu sebaik sahaja polis datang untuk membuat siasatan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, penganjur pameran lukisan itu telah menurunkan gambar itu sebaik sahaja polis datang untuk membuat siasatan.
"Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I is for Idiot seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.
"Kes ini masih
dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil
berdasarkan hasil siasatan polis," katanya selepas melancarkan Majlis
Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.
Nazri berkata,
tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk
kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.
sumber: kosmo
1 comments
Ade jer yg cari pasal kann... aduuuhhh... tak faham btul laa...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"