MINYAK NAIK | Berbaloikah Kita Bising Kerana MINYAK NAIK 20 Sen?
9/03/2013 10:03:00 pm
MINYAK NAIK | Berbaloikah Kita Bising Kerana MINYAK NAIK 20 Sen? | Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan Rakyat Marhaen.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si sarjana muda. Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan. Abe rela jadi bodoh dari kalian. Kerana Abe taknak.... hilang perikemanusiaan.
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
Kalau dia orangboleh pastikan harga barang stsy macam sebelum kenaikan harga tak pa....kami tak bising...tapi harga barang for sure akan naik...
ReplyDeletesetuju sngt ngn TT,org kaya mmg x kn trsa ksnnya,tp bg org susah..........,hrp sngt bg mrk g mmgng AMANAH untk mmbela rkyt ni diberi sft perikemanusiaan dlm ht mrk
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"