Saturday, 7 September 2013

Nasi Tumpang Dari Kelantan | KELANTAN - PUTRAJAYA



Nasi Tumpang Dari Kelantan | KELANTAN - PUTRAJAYA | Agak2nya, boleh sampai ke Nasi Tumpang ni ke Putrajaya dengan naiki bas TANPA BASI?


Huhuhu, xtaulah. Tawakkal je lah. Lani masih lagi simpan dalam peti sejuk. Kul 9 mlm nanti Abe bertolak naik bas, bawak Nasi Tumpang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Sedikit info pasal Nasi Tumpang:


Anda tentunya belum kenal apa itu Nasi Tumpang, takpun ada yang kenal dan penah merasakan keenakan rasanya yang tak terhingga. Nasi ini amat popular di Negeri Kelantan Darulnaim, sehinggakan disetiap daerahnya pasti ada gerai-gerai atau kedai makan yang menyediakan makanan ini untuk sarapan pagi mereka. Harganya juga amat murah didalam sekitar Rm1-Rm2 untuk satu bungkus.

Nasi Tumpang ini dahulunya adalah nasi bekal untuk bekalan para nelayan untuk dibawa bagi santapan mereka ketika mereka dilaut. Ini adalah kerana nasi ini tahan lama dan tidak mudah basi. Nasi ini dipanggil Nasi Tumpang adalah kerana lauk-lauknya yang ditumpang diantara nasi-nasi. Rasanya amat enak dan lazat. Tetapi harus dingat nasi tumpang yang betul-betul sedap adalah yang dibungkus dengan daun pisang!

Disini Abe sertakan serba sedikit cara-cara untuk membuat nasi tumpang. Cara Membuat Nasi Tumpang:


Bahan-bahannya:
1. Beras
2. Ikan Kembung
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Lengkuas
6. Ketumbar
7. Kunyit/Serbuk Kunyit
8. Cili Kering
9. Santan
10. Gula Melaka/Manisan
11. Garam
12. Asam Keping
13. Serunding Daging/Ikan
14. Telur
15. Udang jika ingin dimasukkan sebagai sambal
16. Daun Pisang


Gulai ikan: 1/2kg Ikan Kembung/Selar ~Direbus dengan sedikit garam dan asam keping

Kuah Gulai: 10 ulas Bawang Merah, 1inci Lengkuas, 2 ulas Bawang Putih, 1 sudu teh Ketumbar, 1 inci Kunyit, 1 sudu Serbuk kunyit, 5 tangkai cili kering ~(dimesin halus), 250gm Santan (Tp belilah extra, Just in case)

Gula Melaka/Manisan (‘Nisey’ orang kelantan panggil), Garam, Asam Keping

Cara-caranya lebih kurang nak buat Masak Lomak Cili Api.. tidak perlu tumis.

Untuk nak buat Gulai Udang.. Resipinya sama, cuma letak lebih sikit gula Melaka/manisan tu.. Kalau gulai Udang kena manis sikit.

Bila gulai dah hampir masak, boleh letak cili merah/cili hijau untuk ambik bau wangi dia.

Untuk Nasi dia.. Sukatan dan cara buat tu lebih kurang nasi impit.. cuma kena kacau lebih sikit sampai nasi betul-betul kering dan tidak berbiji-biji.

Cara nak bungkus: Daun pisang dilayur atas api dan dikelongsor macam mamak jual kacang


1st layer : Nasi
2nd Layer : Serunding daging/ikan
3rd layer : Nasi
4th Layer : Lauk Gulai Ikan/Udang
5th Layer Nasi 
6th layer : Telur Dadar
7th Layer : Nasi..


*Nota: Nanti Abe akan uploadkan gambarnya kemudian...

Sekian.. selamat mencuba dan nikmati kelazatannya... Abe pasti sememang makanan ini yang akan dicari jika anda berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Kelantan Darulnaim kerana ianya merupakan sarapan pagi yang menyelerakan, murah! serta tak lupa ianya tahan lama. Ada saya terbaca pasal seseorang yang bertandang kesana dan semasa hendak pulang ke Melaka beliau membeli nasi tumpang ini dan setibanya dia disana nasi ini masih elok untuk dimakan. Menarik bukan?..Ha, apa lagi..jom ke dapur kita buat sesama...

#kalau ada rezeki Abengah, maka Nasi Tumpang yang Abe bawa ni akan tak basi bila sampai di Putrajaya esok. InsyaAllah

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

  1. Wah macam nak rasa pulak...

    ReplyDelete
  2. Selalu dongar tp lum pnah mkn..

    ReplyDelete
  3. macam menarik ja , cer buat untuk santapan kami d Putrajaya , boleh tak? heeee

    ReplyDelete
  4. owh murahnya biar betul..berbaloi dengan lauk2 kat dalam tu.lebih kurang macam nasi ambeng tu,ye.pun tercipta untuk para nelayan makan di tengah laut.

    ReplyDelete
  5. Jgn lupa bawa juga jering rebus kelate ke putra jaya ya... Amboi kat perak kempunan nak makan jering rebus kelate cicah kelapa gula...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"