Persediaan Menjadi AYAH Oleh BAKAL AYAH | Hargailah Isteri | Semua ingin menjadi ayah yang terbaik untuk anak dan isteri masing-masing. Kecualilah bagi ayah yang x bersyukur dengan anugerah yang Tuhan bagi dengan mendera dan men.. apa-apa lagi pada anak kecik tuh.
Bagaimana nak jadi yang terbaik? memang susah dan sukar untuk dijawab. Tapi Abe sebagai bakal ayah pasti akan tahu dan akan merasa sendiri perasaan itu bila tiba masanya. Kita mungkin tak menyedarinya dan orang lain mungkin jugak tak nampak dan tak perasan, tapi hati kita terdetik untuk mengatakan yang apa yang kita telah buat adalah yang terbaik sebab hanya kita tahu tahap dan batasan diri kita sendiri.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bantu isteri. Jika kita dah buat ni mesti kita pikir kita dah buat tanggungjawab tapi ada tak kita pikir yang kita buat tu atas sebab apa? Abe bukan nak condemed or kutuk sebab Abe pun bakal jadi ayah jugak tapi inilah perasaan yang terdetik da terbit dalam fikiran bila tengok isteri tidur kat sebelah.
Abe tengok muka dia, nampak wajah penat sebab duk kandung anak sulong Abe setakat hari ni. thanks sayangku.Macamana Abe nak jadi yang terbaik untuk balas 9 bulan yang isteri Abe kena tanggung sakit dan perit jadi ibu dan isteri? Memang tak terbalas da tak mampu untuk jadi yang terbaik.
Abe rasa setakat yang baik jea mampu. Hadiah pun xder untuk nak di balas dengan apa yang isteri telah buat. Tapi hanya dengan senyuman dan perlakuan yang ikhlas Abe rasa dapat membalas walaupun tak banyak dan dengan berada sentiasa disamping. Ituu dah cukup untuk buat dia rasa tenang dan gembira dan yang penting dia senyum gembira.
Terima kasih isteriku kerana telah berusaha dan berjaya menghadapi cabaran dan dugaan selama ini dan semoga bulan-bulan yang akan datang ini akan ditempuhi dengan gembira dan penuh senyuman.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Btul tu abe... jaga hati istri dan hargai diorang lbh2 lg time2 mcm ni... senyuman diorang yg kite nak sbnrnya... klau boleh apa yg kita buat mendatangkan senyuman dr bibir diorang...
ReplyDeletepewiitt...bakal jadi ayah ek?tahniah3
ReplyDelete