Sahabat Que 'Silent Readers'

Suami ALAHAN Ketika Isteri Hamil? | SUATU DUGAAN LUARBIASA

9/30/2013 10:33:00 am

Suami ALAHAN Ketika Isteri Hamil? | SUATU DUGAAN LUARBIASA | Pergh!!! tajuk tak boleh blah kot tu. Tetiba tadi Abe terasa gatal tangan nak menggoogle kelogikan tajuk tu, “suami alahan


Maksudnya di sini, bukan alahan untuk menyentuh atau mendekati si isteri, tapi alahan normal seperti saat-saat si isteri hamil eg: morning sickness, muntah-muntah, loya, krem kaki, pening-pening..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada korang yang pernah rasai pengalaman sebegini atau mungkin pernah dengar pengalaman kawan-kawan? Kalau korang nak tahu, makanan yang BOLEH Abe makan buat masa ni CUMA... Air Susu & Cornflakes dan Asam Masin... huhuhuhuhu. kalu macam ni berpanjangan, nampak gayanya BOLEH KURUS Abe dibuatnya...



Dalam 3 hari ni nak percaya, susah gak kalau takde bukti daripada kajian saintifik kan. Logiknya, suami isteri tidak mempunyai perkaitan jenis darah atau genetik keturunan..

Tak nak percaya pun, takleh gak.. sebab Abe pernah dengar jugak cerita pasal si suami yang terkena alahan teruk, sampaikan memang lembik & tak larat nak bangun, flatt terus ok. Ada gak yang cakap, ada si suami berdoa memohon dipindahkan sakit lelah si isteri mengandung kepadanya, dan dimakbulkan oleh-Nya.. Itu semua kerja Allah SWT

Abe? So far so huhuhuhu... Tak tahu la camne Abe nak ceritakan pada korang semua apa yang Abe rasa. Cuma masa sebelum Bini Abe disahkan hamil sampai Abe dah tahu bini Abe mengandung, selera makan Abe jadi luarbiasa. Makan tak berhenti, 25/7 nak makan je kerjanya. Tup tup sehingga kelmarin elok je nak masuk tengah hari, tetiba kepala Abe dah macam pening semacam, tekak dah loya semacam, seram sejuk macam nak demam, dan natijahnya, Abe muntah teruk, lembik sampai ke malam walhal pagi tu ok je Abe makan bekpes pagi.

Bila diceritakan kepada Bini, Mama Abah & Cik Abah serta sedara yang lebih veteran, ada mulut-mulut masin cakap kes Abe tu disebabkan sindrom pembawakan ‘budak’.. Betul-betul masin mulut diorang ni, ujian HCG pertama kali memang positif.. Yang tak boleh blah, dorang semua tergelak sakan tak berenti, hehehhe.

Hari ni pun situasi yang sama, tetiba je kepala rasa pening-pening, loya-loya dan memang muntah dengan meriahnya, siap keluar kot hidung lagi.. Dem.. tak cukup dengan tu lagi, siap boleh krem kaki lagi. Selera makan memang out.

Rasanya tak pernah lak Abe doa mintak dipindahkan benda ni semua dari si isteri. Well, kerja Allah SWT. Janji Bini Abe tersayang takde muntah dan krem kaki pun dah syukur. Tapi Abe tetap hepi sebab.. er er er.. sebab dapat MC la!

Takkan sebab nak dapat anak lagi, yang ni pun belum keluar lagi.. hahahah

Betul ke tak betul pasal tajuk di atas tu, atau pun hanya kebetulan, itu tak penting. Yang penting, semua sihat dan selamat. Kalau betul terkena pun, alhamdulillah, at least boleh merasai sedikit apa yang dirasai oleh si isteri yang sarat membawa bakal zuriat kita kan.. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan si dia yang 24/7 membawa kandungan tu kan?

“Ya Allah, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

You Might Also Like

7 comments

  1. aku dulu takde la alahan bagai tp mengidam tu ade laa...

    ReplyDelete
  2. Suami dila dulu alahan teruk... demam, mntah2.. ingtkan keracunan makanan ke.. rupanya, dila yg ada "isi" hehe.. suke sgt time tu, tp bby tu xde rezeki dgn kami.

    ReplyDelete
  3. Sy sdg mengalami sindrom2 isteri mengandung... Sy mula demam panas.. Skrg pening2, sakit kepala, mual2.. Tak suka cium bau makanan.. Ikn goreng..
    Huhuhuhu.. Cubaan drpd allah

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuhu dah dekat tujuh bulan pun saya alah lg... la ni pening melayang waktu petang... dulu masa mula2 teruk kot... sume simtom ada...

    ReplyDelete
  5. tengah mencari pasal isu ni.. sebab En.Somi pon tengah alah.. kesian dia.. Rupanya tak pelikkan.. sebelum ni asik dengar kena kat suami orang je.. Alhamdulilah, saya tak teruk alahan.. cuma kadang-kadang je tekak loya.. belum sampai muntah2 lagi..

    ReplyDelete
  6. Saya tgh rase ni.. Tetiba rasa nk mkn masak lemak gajus.. Tekak rasa mual tp x muntah.. Tubuh rasa sakit2..kepala rasa melayan2.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad