Sahabat Que 'Silent Readers'

Uji Tahap Kepintaran Anda SECARA SPONTAN | Jawab 4 SOALAN Ini

9/14/2013 10:48:00 am


Uji Tahap Kepintaran Anda SECARA SPONTAN | Jawab 4 SOALAN Ini | Mari uji tahap kepintaran anda dengan 4 soalan ini.


Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa dan perlu menjawabnya dengan segera. OK?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yangkedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat soalan atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi..siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yangterakhir?

Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Cubalah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4.Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.

Think outside box! !

KONGSIKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK.

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

4 comments

  1. i got the last one right.. okay lah kan dari tade pape..hahahah

    ReplyDelete
  2. Arggghhhh..........bencila!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. saya salah soalan pertama je, haha..

    ReplyDelete
  4. Betul satu je yg kira2 t.. 4100? :P ok la tu kot haha

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad