9 Kelebihan Kota Suci Madinah | WAJIB BACA !!!
10/23/2013 02:30:00 pm
9 Kelebihan Kota Suci Madinah | WAJIB BACA !!! | Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang kelebihan Madinah dan
buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang
daripada melakukan kejahatan di dalamnya.
Di sini akan di sebutkan
beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya,
semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua.
1- Rasullulah Saw Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya. Maksudnya:
“Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan
aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku
berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as
berdoa untuk Mekah.”
Menurut riwayat yang lain : ”Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua
kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah.” (Hadis
Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)
Hukum Haram Madinah
Menurut Jumhur ulama’ (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis :
Maksudnya : “…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya ,
jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya.”
(Hadis Muslim No.1362)
Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar
bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas
mereka.
Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi’b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir;
dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau
memotong pokok di tanah haram Mekkah.
Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula
hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua
barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya
sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)
2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah.
Maksudnya: “Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E’ir
dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya,
maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua
amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah
daripada pada hari kiamat” (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim
No.1370) .
3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .
Maksudnya : “Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung
kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya
pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya”.(Sahih Muslim
No.1378)
4- Kelebihan Mati Di Madinah
Maksudnya : “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah
dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang
mati di Madinah .” (Dr.Ar-Rifa’i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail
madinah ms.264)
Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati
janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah
matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :
“Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.
5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi .
Maksudnya : “Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu
kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan
sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat
kecantikan barang orang lain.”
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami’ As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)
6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ;
Maksudnya : “Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi
wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah.”(Sahih Al-Bukhari
No.1890)
7- Madinah Sebagai Tapak Iman .
Maksudnya :”Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular
kembali ke lubangnya.”(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147)
8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi.
Maksudnya : “Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih
baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil
Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)
Juhmur Ulama berpendapat : “Semua bangunan tambahan selepas zaman
Rasullulah saw adalah termasuk dalam “Masjidku”. Ini bermakna sesiapa
yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat
ganjaran seribu kali ganda.”
9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi
Makudnya : “Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu
berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan
tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan
daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada
bahaya nifaq.”
Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya “Nubait bin Umar” dianggap dhaif (lemah) .
Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan ,
hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin ,
kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid
Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain
kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram Mekah menyamai seratus
ribu (100,000) solat.
Syeikh ‘Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu
solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat
berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa
terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga
selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat
berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali
seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak
berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar . (Tafsir (tatimmah)
Adwa’ Al-Bayan 8/574) .
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra.
Maksudnya : “Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan
sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua
kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya
nifaq .” (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200)
Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah.
Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di
sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah .
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"