Sahabat Que 'Silent Readers'

ANGGOTA POLIS MAUT KETIKA KEJAR PENJENAYAH | TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG JUCILLE JUIN YANG BERASAL DARI INANAM, SABAH

10/28/2013 09:00:00 am

ANGGOTA POLIS MAUT KETIKA KEJAR PENJENAYAH | TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG JUCILLE JUIN YANG BERASAL DARI INANAM, SABAH | Johor Bahru, seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit.


Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengejar seorang penjenayah di Kampung Baru Pandan, awal pagi tadi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan Abdul Wahib Musa, sebelum kejadian, Konstabel Jucille Juin, 23 tahun sedang melakukan rondaan bermotosikal bersama seorang lagi anggota.

Motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dan dilanggar oleh suspek yang turut menunggang motosikal hingga menyebabkan Jucille hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit. Mangsa yang parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, HSI.

Suspek berjaya ditahan untuk siasatan. Mayat mendiang Jucille akan diterbangkan ke kampung halamannya di Inanam, Sabah, esok.

Jucille meninggalkan seorang balu, Line Marlina Steven, 23 tahun yang kini hamil lima bulan

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad