BR1M 3.0 Malaysia 2014 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) Di Bayar 2 Kali Setahun? | Bernilai RM600 & RM300
10/03/2013 08:15:00 pm
BR1M 3.0 Malaysia 2014 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) Di Bayar 2 Kali Setahun? | Bernilai RM600 & RM300 | Terus Masuk Bank? maknanya kali ni di Bank In? Gelombang BR1M 3.0 akan bermula tidak lama sahaja lagi. Nilai pemberian BR1M 3.0 dijangka akan dinaikkan kepada RM600 & RM300.
Walaubagaimanapun, berdasarkan butiran awal yang telah
diumumkan sendiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah akan ada kelainan sedikit mekanisme pembayaran BR1M 3.0
Malaysia kali ini..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Butiran Awal BR1M 3.0 Malaysia 2014
- Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
- Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
- Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
- Pengumuman BR1M 3.o Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.
Bermakna rakyat Malaysia (bakal penerima
BR1M 3.0) tidak perlu lagi bersusah payah mendengar ceramah dan beratur
panjang bagi mendapatkan wang tunai daripada tangan pemimpin politik
sendiri seperti mana yang berlaku menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang
lepas.
Subsidi minyak telah pun ditarik sedikit
demi sedikit daripada rakyat Malaysia yang menyebabkan kenaikan
rantaian kos sara hidup rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan
pemberian BR1M 3.0 Malaysia kali ini dapat membantu meringankan sedikit
beban yang dialami sekarang.
Cuma…..diharapkan golongan yang layak ditambah senaraiannya. Setuju?
Cuma…..diharapkan golongan yang layak ditambah senaraiannya. Setuju?
sumber: http://www.beritaterkini.my/br1m-3-malaysia-2014-bank
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"