HUKUM BERKAITAN IBADAH QURBAN [KORBAN] | Antara HUKUM HAKAM Yang WAJIB TAHU !!! (ustaz Azhar Idrus MENJAWAB)
10/16/2013 03:14:00 pm
HUKUM BERKAITAN IBADAH QURBAN [KORBAN] | Antara HUKUM HAKAM Yang WAJIB TAHU !!! (Ustaz Azhar Idrus MENJAWAB) | Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.
Tips dan rumusan ceramah 'kesempurnaan ibadah korban - etika menyembelih dan melapah' di Surau ArRashidin Puncak Setiawangsa oleh Tn Hj Mustafa Othman anak Melayu yang bertugas sebagai Master butcher di Buckingham Palace, London.
1. Korban adalah satu ibadah bukan satu Pesta.
2. Korban untuk menambah Pahala dan keberkatan bukan menambah dosa dan penyeksaan kepada binatang.
3. Korban satu NIAT suci kepada pencipta kita maka kesucian serta kebersihan sesangat diutamakan.
4. Mandi dan bersihkan binatang yang hendak disembelihkan.
5. Se-elok eloknya yang berniat korban hendaklah hadir menjadi saksi keatas penyembelihan.
6. Sentuh dan belai binatang yang hendak disembelih mengunakan bahagian 'luar' tapak tangan.
7. Lazimnya binatang yang dipilih untuk dikorbankan adalah yang paling jinak dan mudah dibela kerana binatang tersebut lebih redha dan berserah untuk dikorbankan.
8. Untuk menumbang dan melemahkan binatang (lembu/kambing) regang (stretch) kaki kiri bahagian hadapan dan kaki kanan bahagian belakang. Dengan cara demikian ia mengurangkan perjalanan darah dan oksigen binatang tersebut dalam beberapa minit menyebabkan ia begitu mudah tumbang dengan sendirinya.
9. Sembelih binatang korban ditempat yang bersih persekitarannya bukan di longkang dan parit yang kotor. Bukan saja kesucian dipersoalkan malah mengundang bacteria sebaik darah mengalir.
10. Banyak mengunakan air untuk membersihkan bagi mengelak pembiakan bacteria.
11. Haiwan korban yang dilayan dengan stress dan penginayaan akan mengeluarkan 'urid acid' kedalam badan menyebabkan keracunan daging menyebabkan sakit kepala dan migraine bila dimakan.
12. Menurut kajian University Minnesota, daging penyembelihan mengikut cara islam adalah daging paling bersih dan enak dimakan.
13. Daging yang warnanya lain dari warna 'kemerahan' adalah daging yang tercemar.
14. Melampah kulit bukan proses yang pertama selepas menyembelih. Kulit adalah lapisan bagi mengelak pencemaran daging dan pendiinding kepada kebersihan daging.
15. Daging 'Korban' sedikit mana sekalipun yang diambil tanpa izin dari 'peniat' yang mengorban adalah 'berdosa dan haram'.
16. Penyembelihan mengunakan pisau buatan dari jenis 'carbon' adalah yang terbaik.
17. Kambing adalah makanan sunnah, maka tidak ada kemudaratan seperti darah tinggi dan migraine, mungkin cara penyembelihan yang tidak betul.
18. Sembelih lah diatas lantai simen atau tiles kerana ia mengurangkan tenaga/power binatang dengan kehilangan 'grip' kaki binatang tersebut membuatkan mudah dikawal lagi menjaga kebersihan.
19. Daging yang paling lembut adalah dari lembu yang usianya 2 tahun 13 hari.
20. Adalah haram bagi yang membelih binatang korban meminta upah.
Kongsi dan hebahkanlah semuga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam menjalani Ibadah korban ini, insyallah, amiiin.
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
nice info....
ReplyDeletedaging korban hendak dibuat makan majlis hari lahir, apa hukumnya ustaz . Terima kasih
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"