Lelaki & BLUE | WAJIB BACA: JIHAD Melawan NAFSU ZINA | Blue,
suatu istilah yang tak perlu diperkenal lagi. Ianya cukup sinonim
dengan kaum lelaki pada masa kini. Mereka tidak kira pelajar sekolah,
kolej dan universiti, baik penganggur dan pekerja awam, kesemuanya pasti
cukup mengenalinya.
Mereka yang terjebak bagaikan seorang penagih dadah. Sekali terpaut, jiwa bagai meronta-ronta untuk mengaut buat kali seterusnya. Jika dahulunya untuk mencari blue, mereka perlu meredah hiruk pikuk kota dan menyusuri jalan petaling.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tetapi sekarang tidak perlu lagi. Blue kini dapat diakses begitu mudah, hanya berada pada hujung jari mereka sahaja. Buatlah pencarian di mana-mana browser di internet, sekelip mata terpapar apa yang diingini. Tambah-tambah lagi dengan adanya telefon bimbit berkamera yang boleh memainkan video berresolusi 1024x768, mereka boleh saling bertukar-tukar informasi blue mengikut citarasa mereka dan boleh ditonton bila-bila masa sahaja. Dan yang paling penting adalah mereka tidak perlu lagi berdepan risiko dimaki hamun tauke jurujual VCD blue lagi!
Lelaki dan couple
Mereka yang terjebak dengan blue, pasti akan ber’couple’. Ini bukanlah suatu perkara yang memelikkan kerana bagi mereka, menonton blue sahaja tidak mencukupi. Menonton blue bagaikan menagih dadah seperti yang dikatakan sebelum ini. Pada mulanya mereka melihat gambar, kemudian menonton video, dan akhirnya sudah tiba masanya untuk mencari seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’. Setelah berlaku declaration, maka
bermulalah pemasangan strategi-strategi oleh mereka ini.
Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.
Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.
Pada
zahirnya, kaum lelaki tampak seorang yang mengambil berat, sering
bertanya khabar, memuji-muji kaum hawa supaya dapat meruntum jiwa
mereka. Mereka akan berlakon watak ‘lelaki
paling baik di dunia’ dan ianya memang terbukti berjaya. Tidak
hairanlah apabila ditanya pada kebanyakan para wanita diluar sana,
masing-masing mengaku memperoleh pasangan couple terbaik dan kononnya
tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi pasangan mereka itu. Bagi
lelaki tersebut, tidak kira gelaran ‘baik’ diperoleh atau tidak, mindset
mereka memang sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi dan misi mereka
harus dicapai secepat mungkin. Mereka cuba mencuba sehingga apabila
berjaya menguasai perasaan pasangan mereka, maka bertindaklah mereka!
Setelah habis diperalat, dikatakan telah puas, maka ditinggallah kaum
wanita yang malang tadi. Jika kaum wanita itu ‘bernasib baik’, sampailah
mereka ke jinjang pelamin walaupon telah dipalit dengan aksi-aksi yang
menjijikan tadi . Dan kita pula terpedaya dengan 'kebahagian' pasangan
couple itu.
Jaga pandangan
Menjadi
lumrah, antara kaum adam dan hawa saling menegur. Kaum adam kini cukup
prihatin dalam menjaga soat aurat. Mereka menegur wanita yang selalu
memakai sendat. Mereka menegur muslimah yang bertudung tetapi mendedah
dada. Ya, satu tindakan yang terpuji, namun yang tidak enaknya selang
beberapa lama kemudian, mereka mula membuka leptop dan menonton koleksi
video 3gp. Dan setibanya seorang wanita yang terdedah auratnya, mata
mereka tidak berkelip-kelip. Mungkin mereka telah lupa, Allah SWT
berfirman:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)
Jadi,
apakah bezanya kaum lelaki ini dengan muslimah yang tidak menutup aurat
tadi, sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan perintah tuhan
sewajarnya? Mereka seolah-olah mencari alasan untuk memuaskan nafsu
serakah mereka sendiri disebalik kegagalan kaum muslimah tidak menutup
aurat. Bagi mereka, apabila kesemua wanita di muka bumi ini menurut
perintah menutup aurat dengan sempurna, barulah mereka hendak bertindak
menjaga pandangan yang sepatutnya. Dan adakalanya, mereka membuat lawak
disebalik peringatan yang diberi Rasulullah SAW:
"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" (Riwayat Ahmad, Abu Daud)
“Ala... baru sahaja pandangan pertama, rilekslah... tak berdosa pon”. Itulah
kata-kata mereka dengan tersengih-sengih memerhatikan kelibat tubuh
wanita yang dipandangnya. Langsung tidak mengalih pandangan mereka
samaada pandangan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ternyata
selepas itu mereka dihimpit bayangan jijik yang membuak-buak di
pemikiran mereka dan seterusnya terpaksa mencari blue untuk
menuruti ketuhanan nafsu mereka. Inilah akibatnya apabila hukum hakam
tuhan pada mulanya dibuat gurauan, akhirnya memakan diri.
Cabaran masa kini
Cuba
bandingkan pemikiran anda dengan ayah-ayah, pakcik-pakcik serta
datuk-datuk anda. Mereka memang jauh berbeza bagaikan langit dan bumi
dengan anda. Jikalau dulu ayah anda mengenal erti seks ketika umur lewat
belasan tahun, anda pula lebih advance, mungkin awal belasan tahun
lagi. Tidak syak lagi, ini semua berlaku gara-gara perkembangan
teknologi yang begitu pesat. Baik media cetak mahupun elektronik,
kesemuanya menarik perhatian pandangan lelaki-lelaki. Lihatlah
akhbar-akhbar tempatan, rancangan-rancangan TV, mahupun filem-filem
wayang, segalanya dipenuhi gambar mendedah aurat. Setuju tak sekiranya
dikatakan rating acara terjun dalam sukan komanwel baru-baru ini adalah
paling tinggi berbanding acara-acara sukan lain? Kemudian, tatkala anda
melayan aksi kuasa luar biasa yang ada pada watak-watak dalam drama
bersiri Heroes, berapa banyak matakah yang tidak terkelip-kelip sangkut
memerhati watak Claire Bennet? Ini tak termasuk lagi filem-filem
Hollywood yang anda torrent sendiri, konon-kononnya ingin
menikmati kehebatan jalan ceritanya tetapi berapa kalilah anda mengulang
tayang adegan-adegan selitan yang menjijikkan? Ini semua kaedah
alternatif bagi mereka yang menafikan menonton blue, tetapi cuba memenuhi hawa nafsu dengan cara tersendiri.
Inilah
cabaran yang perlu ditempuh buat kaum lelaki masa kini. Lupakanlah
segala hidangan-hidangan dunia yang memerangkap anda sendiri. Ingatlah, sesungguhnya
perlakuan zina itu bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal
oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa
seseorang itu berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan
dengannya, dan seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan
pembuangan bayi.
Berusahalah sedaya upaya melawan keinginan nafsu anda dan ketahuilah
sesungguhnya melawan nafsu itu adalah seolah-olah seperti sedang
berjihad. Jadi, janganlah menjadikan kaum muslimah, teknologi dan
sebagainya untuk dipersalahkan dalam mengabaikan hukum menjaga
pandangan. Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” (HR Tirmizi)
Maka,
sudah tiba masanya masing-masing memainkan peranan! Disamping kaum
muslimah menjaga pemakaian mereka, kaum muslimin haruslah menjaga
pandangan pula. Marilah kita sama-sama
bergerak ke hadapan untuk menuju kesudahan yang baik. Tinggalkan segala
kemungkaran dan jangan memenangkan pujuk-rayu dan dorongan syaitan.
Sentiasalah ingat pada Allah SWT dan insyaallah hati pasti tenang,
seterusnya kita tidak akan mencari sesuatu yang lebih gembira daripada
ini.
(Bukan
semua lelaki adalah bersifat sedemikian seperti yang diceritakan di
atas. Namun untuk mencari lelaki yang bukan bersifat demikian adalah
sangat sukar pada masa kini)
sumber: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/lelaki-dan-blue.html
sumber: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/lelaki-dan-blue.html
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"