Mr Bean (Rowan Atkinson) Dikatakan BELUM Masuk Islam | DIKEMASKINI 3 Oktober 2013 | Beberapa hari yang lalu, berita selebriti yang terkenal dengan watak
lucu, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean, dikhabarkan
telah memeluk agama Islam
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dalam kenyataan media terbabit, menyatakan Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam adalah selepas dia menonton filem Innocent of Muslim iaitu filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Pun begitu berita yang didakwa www.israellycool.com turut diyakini tidak sahih kerana tanpa ada bukti yang kukuh. Ekoran berita yang disebarkan itu mendapat perhatian seluruh umat Islam dan negara-negara Islam termasuk di Malaysia
Menerusi laporan terbaru laman web www.israellycool.com seperti dilihat untuk memperbetulkan semula laporan sebelum ini menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson yang dikenali sebagai Lucy untuk mendapat maklum balas terhadap perkara yang berkaitan. Ternyata Lucy memaklumkan bahawa Rowan Atkinson tidak memeluk Islam seperti yang didakwa dan pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah memeluk agama Islam
Berita yang tersebar itu juga makin mendapat perhatian apabila ada laporan yang mengatakan Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, mengenai status agamanya. Antara reaksi, Mr Bean, dia hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, sementara itu menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia turut dikatakan individu yang mengajar serta membimbing Mr Bean mengenal agama Islam
Dibawah adalah video mengandungi laporan mengatakan Mr Bean telah masuk Islam seperti yang disebarkan sebelum ini
entahla, kalau ye Alhamdulillah :)
ReplyDeletetengah belajar mengajilah tu.walauapapun kalau betul alhamdulillah dan kalau tak betul pun doakan diberikan hidayah. aminnn
ReplyDeleteTeman tak terkejut kalau dia masuk Islam. Dia seorang engineer. Engineer selalunya suka mencari sebab musabab punca sesuatu perkara.
ReplyDelete