Pelajar DIPLOMA Hamil | MAUT Akibat Kemalangan | SHAH ALAM – Seorang penuntut diploma yang sedang hamil empat bulan maut selepas kenderaan dinaiki bersama keluarga terlibat nahas jalan raya membabitkan tiga kereta di Kilometer 3.6, Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor.
Allahyarham Nurul Ashikin (kanan) dan suaminya ketika menyambut kelahiran Hafiz Awaluddin Mac tahun lalu. |
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Persona, Honda City serta sebuah kereta yang gagal dikesan jenis serta nombor pendaftarannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ketua Trafik Kuala Selangor, Inspektor Roslan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila seorang pelajar lelaki yang memandu kereta Proton Persona cuba mengelak sebuah kereta. Beliau berkata, kereta yang tidak dikenal pasti itu masuk secara tiba-tiba ke laluan pelajar terbabit yang sedang memandu dari arah Kuala Selangor menuju ke Klang. Menurutnya, pelajar itu cuba mengelak, namun hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Honda City yang dinaiki tiga beranak.
“Perlanggaran itu menyebabkan pemandu Honda City, Hafizan Rohmad, 33, isteri, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, dan anak lelaki berusia setahun mengalami kecederaan parah.
“Bagaimanapun, Nurul Ashikin disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang pada hari kejadian, manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh,” katanya, semalam.
Roslan berkata, anak mangsa, Mohd Hafiz Awaluddin yang cedera di kepala, dirawat di hospital sama, sebelum dibenarkan pulang semalam. Beliau berkata, pemandu Proton Persona berusia 17 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mempunyai lesen memandu yang sah. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-sinar harian
salam takziah dan al-fatihah...
ReplyDeleteTakziah diucapkan pd keluarga arwah..
ReplyDeleteInna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ...
ReplyDeleteTakziah buat keluarga mangsa. Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan berlaku. Alhamdullillah anak mangsa yg ketika itu duduk di hadapan sebelah pemandu dapat di selamatkan. Doa sy semoga hafiz awaludin menjadi insan yg berjaya dan berguna di dunia dan di akhirat. Amin.
ReplyDelete