TEMAN, Beritahulah Lelaki Dan Perempuan Itu... | JANGAN IKUT TELUNJUK NAFSU
10/20/2013 07:30:00 pm
TEMAN, Beritahulah Lelaki Dan Perempuan Itu... | JANGAN IKUT TELUNJUK NAFSU | Assalamualaikum, sekadar perkongsian daripada Abe.
Teman....
Beritahu pada LELAKI itu...
Dirinya ibarat batu...
Beritahu pada lelaki itu...
Jaga “IMAN”, jaga "TAQWA"
Kerana harga diri terletaknya di situ.
Jangan meluru ikut “TELUNJUK NAFSU”,
Sesekali TERSILAP LANGKAH,
Rosaklah insan yang sepatutnya dipimpin itu.
Beritahu pada lelaki itu simpan “SECEBIS MALU”
Kerana lelaki itu adalah IMAM iaitu pemimpin kepada
Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara malah Keturunannya.
Teman...
Beritahu pada PEREMPUAN itu..
Dirinya ibarat kaca...
Disentuh Terguris, Dihantuk serpih, Dihempap berkecai.
Beritahu pada perempuan itu...
jaga "TINGKAH LAKU", jaga "PAKAIAN".
Kerana HARGA DIRI letaknya di situ.
Jangan meluru ikut "TELUNJUK NAFSU",
Sesekali "TERSILAP LANGKAH",
Akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah.
Dimana dan dalam keadaan macam mana pun, biar orang kenal
Dia orang ISLAM
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"