TIPS UNTUK MEMILIH ISTERI | KISAH BENAR MESTI BACA !!!
10/30/2013 09:08:00 am
TIPS UNTUK MEMILIH ISTERI | KISAH BENAR MESTI BACA !!! | Baru-baru ini bertemu dengan seorang sahabat saya yang baru 4 bulan bernikah. Diam-diam saya bertanyakan beliau satu soalan.
"Atas sebab apa tuan pilih isteri tuan? Sebab cantik or sebab agama?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Beliau jawab,
"Saya pilih dia sebab dia perlukan saya dan saya perlukan dia. Isteri saya ini ada sakit dalam perut. Setiap kali dia sakit dalam perut yang teramat sangat, saya terus jalankan solat sunat hajat sebanyak 3 kali minta dari Allah agar sembuhkan. Dengan izin Allah, sakitnya terus hilang. Begitu juga bila dia sakit kepala, dia letakkan serban saya yang saya gunakan sebagai pelapik sujud.. dia letakkan atau lilit di kepalanya terus sakitnya hilang.
Bila saya tak sihat, dia juga tak sihat. Bila saya sihat, dia juga sihat. Bila saya tak makan, dia juga rasa laparnya. Bila saya pening, dia juga pening. Bila saya susah hati, dia juga rasakan yang sama. Dengan kata lain, inilah jodoh dari Allah. Pasangan kita yang sebenar adalah sebahagian dari diri kita. Betul-betul seakan tulang rusuk sendiri. Jika badan induk sakit, seluruh anggota lain juga jadi lemah.
Sebab itu saya pilih dia dan dia pilih saya. Inilah jodoh."
MasyaAllah. Indahnya mereka ini. Cantiknya aturan Allah.
Tiba-tiba rasa cemburu. Namun dalam hati mendoakan moga begitu jua diri ini adanya. Dapat jadi sepertinya atau lebih baik. Amin.
- Muhammad Rusydi
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
wakakah......betul ni cerita lawak
ReplyDeleteJodoh :)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"