WAJARKAH KENAIKAN HARGA GULA DAN BAHAN API? | Sekadar LUAHAN HATI Pendapat Insan Kerdil Yang KECEWA
10/28/2013 08:21:00 am
WAJARKAH KENAIKAN HARGA GULA DAN BAHAN API? | Sekadar LUAHAN HATI Pendapat Insan Kerdil Yang KECEWA | Semalam, Kerajaan telah mengistiharkan kenaikan harga gula (subsidi dikurangkan), petrol RON95, (RON97 selepas itu), diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berkuatkuasa bulan lepas.
Alasan yang diberi untuk menambah produktiviti kerajaan
dengan pengurangan subsidi kepada rakyat.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Terlebih dahulu Abe ucapkan TAHNIAH DAN NAIKKAN LAGI HARGA BARANGAN DEMI PRODUKTIVITI NEGARA.
Dasarnya kenaikan itu kecil tetapi deretan kenaikan tersebut
implikasinya kenaikan barangan sampingan tidak dapat dielakkan. Adakah
kerajaan berpendapat majoriti rakyat berpendapatan rendah mampu
menanggungnya? Sebagai BAPA ia wajar membantu ANAKNYA. Sedarkah sang
anak sentiasa membantu bapanya?
Ekuran kenaikan ini rakyat bawahan menanggung kesan nyata, malahan
rakyat atasan yang berpendapatan tinggi tidak menjadi kudis malah kurap
jauh sekali. Rentetannya rakyat bawahan akan menjadi barah dalam
masyarakat dan tidak hairanlah jika kadar jenayah kecil-kecilan
meningkat demi mengisi perut bergelora. Akibatnya kecil merebak dan
membesar.
Kepada mereka yang berkuasa dan mempunyai kuasabeli terhad, kadar
jenayah kolar putih, indeknya akan meningkat dan bertambah lagi
kedudukan negara dipentas dunia. TAHNIAH DAN SELAMAT MAJUJAYA.
Fikir dan hayati nasib diri. PILIHANRAYA UMUM 14 ANDA BERI JAWAPAN.
Jangan sampai diberi gula-gula anda menyangka madu. OH MANISNYA.
WASSALAM.
1 comments
Agen poker terbaik dan terpecaya
ReplyDeletebergabumglah bersama kami, kami yang terbaik dan terpecaya
Bandar togel Hongkong
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"