10 Tanda Hati Sudah Mati | UMAT ISLAM WAJIB BACA
11/20/2013 09:32:00 am
10 Tanda Hati Sudah Mati | UMAT ISLAM WAJIB BACA | 10 Tanda Hati Sudah Mati - Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya.
Ketika Ibrahim bin Ad’ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad’ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?”
Ibrahim bin Ad’ham menjawab: “Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya
2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya
3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya
5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya
6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
Tq kerana mengingatkan. :)
ReplyDeletethanks for this reminder....
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"