AHMAD AMMAR AHMAD AZAM | Pejuang Islam Malaysia POPULAR Di Turki Dengan Gelaran 'SYAHID YANG TERTANGGUH' | Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun
di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki.
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah
dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita
ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu,
ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul
Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah
dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki
kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai
halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak
untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran
dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi
kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat
hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan
demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan
hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin
terus membantu Syria.
Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat
menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan
bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir
seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan
berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang
berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat
menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub
al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari
Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di
rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu
Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad
Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya
Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Takdir
Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk
memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar
menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup,
Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda
dan bondanya yang kesedihan.
Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap
pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah
pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi
ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau
berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya
Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak
penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk
menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah
sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di
dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn.
Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan
dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun
menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau
ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk
berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan
beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih
sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja
seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah.
Al fatihah,
ReplyDeleteSemoga rahmat Allah bersamamu dan keluarga yg ditinggalkan..amin
ReplyDelete