AKU, KAU DAN KITA | SAHABAT, TOLONG BACA - Que Achmad Menulis
11/29/2013 12:41:00 pm
AKU, KAU DAN KITA | SAHABAT, TOLONG BACA - Que Achmad Menulis | Aku, kau & kita adalah kaunselor antara satu sama lain. Tak perlu majoring in counselling dan psychology dulu baru layak motivate & nasihat orang lain.
credit gambar: qasehdalia.com |
Kerana kita manusia yang sama mempunyai hati & perasaan. Terusik bila disakiti. Sedih bila dibenci. Terasing bila diabaikan. Sakit bila diperkecikan. Normal kan?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Apa yang kita ada & miliki, bukannya milik kita hakiki. Itu kan pinjaman. Apa yang kita ada & miliki, bukan hasil titik peluh kita mutlak. Itu kan ujian. Apa kata kita jadi kaunselor buat orang sekeliling kita? Tak susah, sekurang-kurangnya fahamilah situasi mereka. Bukan menjatuhkan. Jadikan cerita jatuh & bangun dalam hidup kita, mampu memberi inspirasi kepada orang lain.
Jangan hanya berfikir untuk menuntut hak. Sentiasa berusaha untuk memberi & menunaikan hak buat orang sekeliling. Sebagai contoh, dalam perkahwinan. Banyaknya perselisihan berlaku kerana manusia hanya inginkan hak mereka & tanpa menunaikan hak yang sepatutnya. Mereka tercari-cari kebahagian dalam rumahtangga sehingga terlupa membawa kebahagian dalam rumahtangga.
Manusia terlalu memikirkan hati & perasaan sendiri sehingga terlupa menitikberatkan hati & perasaan orang lain. Dan akhirnya hanya menyakitkan orang lain. Adil ke? Selalu terbaca, 'kawan ketika kita senang & berjaya mudah sangat dicari & kawan ketika kita susah & gagal sangat sukar dijejaki.' Tapi betul ke kita sentiasa ada buat kawan kita ketika dia sangat memerlukan?
Percayalah. Hidup kita ibarat depan cermin. Apa yang kita buat, itulah yang akan kita dapat balik. Kalau jahat yang kita lakukan, buruklah kesannya. Kalau baik yang kita lakukan, bahagia & tenanglah hati kita. Cuma cepat & lambat itu urusan Allah. Kalau tak didunia, di akhirat sana itu pasti.
Jangan terlalu mencari kebahagiaan & kejayaan sampai terlupa untuk membahagiakan & membantu orang sekeliling kita untuk berjaya sehingga mampu menyakitkan mereka. Percaya cakap saya. Kita akan tenang & bahagia jika kita sentiasa membawa suasana ketenangan & kebahagiaan buat orang sekeliling kita sebab Allah sayang mereka yang menjalin hubungan yang baik sesama kita :)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Allah yang Maha Agung & Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku:
Wahai Muhammad , katakanlah: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu."
(Riwayat Imam al-Tirmizi)
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"