BEZA ANTARA Isteri dan Perempuan Simpanan | KISAH NYATA KISAH BENAR
11/16/2013 09:29:00 pm
BEZA ANTARA Isteri dan Perempuan Simpanan | KISAH NYATA KISAH BENAR | Isteri dan Perempuan Simpanan. Hayati kisah ini dan ambil pengajaran daripadanya... Nur Asmawani, Abe sayang kamu... InsyaAllah, Abe akan setia hingga ke akhir hayat...
En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.
Subhanallah!
Published with Blogger-droid v2.0.10
82 comments
benar..... kisah yg sgt bermakna di atas ini.
ReplyDeleteSy xsetuju dgn kata2 ustaz tu..cuma 50% setuju je..ada suami yg jd curang sbb isterinya xpedulikan dia..jrg ambil tahu hal suami dan lain2 lg..berbalik kpd ilmu rumahtangga juga..kalau xcukup ilmu kita xboleh tuding jari pd suami..suami bila dia dah kawin dia fikir tanggungjwp pd keluarga....kemudian isteri pulak patut beri perhatian pd suami...kalau xnk suami cari lain....iman n takwa cukup ke?
DeleteSuami bertanggung jwb keatas isteri yg di nikahi. Ajarlah isteri tu ilmu agama jika isteri kurang ilmu agama, suami btgjwb membimbing isteri
DeleteMentaliti para suami zaman ini sentiasa inginkn yg kelihatan cantik.Klu asyik nk jaga pemampilan bila pula masa isteri nk jaga mknpakai suami&ank2..kdg2 kita para isteri xpunya masa utk diri sndiri..kesiankn kita para isteri yg dh xcntik mcm dlu slps melahirkn...
ReplyDeleteMentaliti para suami zaman ini sentiasa inginkn yg kelihatan cantik.Klu asyik nk jaga pemampilan bila pula masa isteri nk jaga mknpakai suami&ank2..kdg2 kita para isteri xpunya masa utk diri sndiri..kesiankn kita para isteri yg dh xcntik mcm dlu slps melahirkn...
ReplyDeleteSebuah kisah benar yg mnyentuh perasaan.Terimaksh ats jawapan dr ustaz yg mudah diterima pakai..Sememangnya kita para isteri pun xmahu mnjadi gemuk slps melahirkn ank kita..tp apakn daya..dh lakukn brmcm2 cara tp xkurus2 jugak..huhu
ReplyDeleteBukan masalah suami ni cekkak oi... Ni masalah lelaki tu... Ustaz tu pun suami, klau ustaz tu mcm lelaki tu, habis la. Klau la semua suami mcm tu, cekkak pun merana.
ReplyDeleteBukan masalah suami ni cekkak oi... Ni masalah lelaki tu... Ustaz tu pun suami, klau ustaz tu mcm lelaki tu, habis la. Klau la semua suami mcm tu, cekkak pun merana.
ReplyDeleteada x trfkir..pmpuan simpanan tu pun ada hati..mgkin trlampau mencintai lelaki tu.,tapi lelaki tu x pula nak memperisterikan dia..mgkin klu diberi pilihan.,dia juga sanggup mengorbankan bentuk badannya utk melahirkan zuriat lelaki yg dicintainya.,maka pokok pangkalnya..jgn trlalu mudah menyalahkan sesiapa.,semua yg berlaku mesti ada sebabnya..
ReplyDeleteyuppp..setuju
DeleteSy fhm Dan setuju dgn komen ni. Jgn pandang sebelah mata je. Dia pun mangsa kpd suami cik Kak tu.
DeleteBetul tu. Jgn pandang sblh mata bila komen. Slahkn juga diri sendiri dan suami anda sblm salahkn org lain.
Deletetotally damn true.. kadang2 lelaki terlalu memberikan harapan.
DeleteKorg smua kat atas ni mesti pena jd pmpuan simpanan kan. SBb tu korg lebih menyebelahi hati sbgai sorg pmpuan simpanan lbh drpd hati sorg isteri yg dicurangi. Sape suke laki drg kene ganggu oleh pihak ketige. Jgn nk jd bute sgt la nak cinta mati pla dgn laki org. Everythng has limits!
DeleteAgree.perempuan simpanan memilih untk dilukai,tp sang isteri xpunyai pilihan.dh tau suami org yg ko nak jga kenapa?the life u've chosen is ur burden and urs alone.tp ini mungkin juga ujian tuhan untk para wanita.mencintai seseorng yg xpatut dicintai.
Delete~agree too...kalau dah tahu laki tu tak nak hubungan yg halal why choose to bergelumang dgn dosa...if u're too beautiful find some other single guy that seriously want to have hububgan halal...Allah kurniakan akal untuk berfikir selari dgn iman...jgn diikut kata hati yg emosi...
DeleteSo to those anonymous .. Jangan suka2 nak salahkan perempuan kedua yang datang dalam hubungan sesebuah perkahwinan .. Bukan matlamat hidup seorang wanita tu untuk menjadi perosak rumahtangga orang lain .. Just fikirkan dan letak diri korang kat situasi "perempuan simpanan" yang tak habis2 dicaci dan dihina .. Poligami is not a crime .. Mentaliti korang je yang fikir macam tu .. Bukan korang je nak bahagia , orang lain pun begitu juga .. So peace no war .. Dalam Al-Quran Qareem pun ada sebut pasal poligami .. Siapa kita untuk menafikan kalam Allah dan Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W .. :D
DeleteTapi hidup adalah pilihan..pilih la yg terbaik..
DeleteMueheeheheh
DeleteLepas pompuan simpanan tu kawin ada anak then bentuk badan xcantik dah then gemuk.. laki jalang ni pun akan cari la pompuan simpanan lainnnnn.. sekiann
Deleteramai lg lelaki dlm dunia ni but nape still nk harapkan kasih dr org yg da kawin, korang Kate sanggup kongsi segala sbb korg blm tau camana hidup dgnnya. sanggup ke korang tanggung segala tanggungjwb dan segala hutang piutang laki tu, sanggup ke korang tanggung beban Dan kecewa hati bila si dia dbe
Deletelai oleh org lain... skrg korg ble ckp sanggup kan i rela pas tu, klu i tau hidup ngan u camni mati pun i xign pilih u...
Saya taknak memihak kepada sesiapa.. kesimpulannya, setiap yg berlaku tu ada sebab di sebaliknya. Utk perempuan yg di panggil sbg "perempuan simpanan", tak semua prempuan yg nak jadi simpanan.. mungkin tu dah takdirnya dia jatuhhati ngn suami org. Pokok takkan bergoyang kalo xde angin. Kalo si suami tak gatal nak carik prempuan luar, benda ni takkan terjadi.. tapi nak salah kan suami plak, bukan salah 100%. Maybe si suami carik prempuan simpanan sbb layanan si isteri kurang atau si isteri menderkhaka kt suami. Mana suami tahan kat isteri kalo isteri tak hormati suami. Pokok pangkalnya peranan isteri tu penting. Sbg isteri plak, lebih lebih lagi ygbekerjaya ni mmg dugaan. Layanan maybe kurang sbb penat bekerja n melayan anak anak. Takde prempuan sanggup di madu kan. Kalo ada pun mmg kumpulan minority la. Sakit woo hidup bermadu.. sapa nak share.. kesimpulannya, kalo benda ni terjadi, jgn tuding tangan kat sorang je, i.e prempuan simpanan. Semua pihak ada salahnya. So muhasabah diri n doakan kebahagiaan keluarga. Lelaki di luar tu, harap setiala ye dalam hubungan. Mmg berpoligami tak salah.. tapi dapat ke nak bersikap adil? So, pikir pikirkanla. ;) kalo bole jgnla nak menggatal or curang ngn bini ye..
DeleteAssallamuallaikum
DeleteHidup ni kn pilihan sblm kita mintak org brada di tempat kita...kita letak diri kita d tmpt org....sbb kne igt masa semua nya trjd siistri x tau pape pon...jd knape nk suh kami istri pkir tmpt kamu yg dsimpan...sdgkn kamu yg dsimpan dh pon tau die berkeluarga....siapa yg teranaiya n danaiya....sy phm...perempuan lebey ramai dr lelaki...tp matlamat kita sebgai islam n sebagai perempuan adalah mnjaga maruah n diri kita....dlm al quran pon ad sebut meruntuhkn rumah tngga org itu juga satu dosa....poligami x sala...tp biarla dgn cara agama kita...ikut ajaran....kerana stiap permulaan yg baik akn berakhir jugak mnjd baik...wallahuallam....
DeleteSaya x rasa perempuan simpanan tu salah 100%. Sepatutnya si isteri pun kena la check balik dan muhasabah diri, tanya pd diri sendiri apa kurangnya awk kat suami. Apa yg perlu diperbaiki semula utk amik semula hati suami. Kalau perangai isteri tu elok je xde la suami awk tu tawar hati dan kena belai dgn pompuan lain. Tak salah utk bermadu tp kena lah bertolak ansur dgn isteri muda. Awk tu dah matang, dah lama merasa cinta dan belaian suami, tak kan tak puas lagi? Bagi la chan pada isteri baru. Bertolak ansur adalah perkara yg baik dan digalakkan dlm membina hubungan rumahtangga yg harmoni.
DeleteSekian, sekadar perkongsian.
U were simply said about bagi chan to new wife due to da lame merasa cinta? For me ur statement is nonsen.banyakkan mbaca ye encik.seriously.dlm hal ni semua main peranan.bg isteri,sometimes not even have make up for the good sake of husband due to too much thing need to beorganised even in a small home. suami pula kalau xmampu nl bg maid, share la tggungjawab di rumah lps balik kerja. Tolg tgk anak..let ur wife who u fall n crazissss about years back tu have time utk diri die sekejap..ambilla masa utk romantik bdua..mgkin boleh hnta anak rumah parents? Its in ur hand to make ur marriage long lasting till jannah or vice versa.think wisely bro.n u complain wife gemok.not every wifey kat dunia ni boleh easily maintain mcm ank dra lps beranak.bro kene spend sikitla utk wife yg u gilakan sgt once upon a time. Pg pusat pelansingan klu die xmampu diet manually. Dont talk rubbish like some husband cakap org lain boleh je kurus lps beranak, pantg la betul2! Helllo bro, men or women same je.smua blaku hnya dengan izin allah. Kene la usaha xkira dr masa tenaga or wang.dulu sanggup bkorban mcm2 ms nk tackle die kan? Lps kawin kenape bkire sgt utk manjakan wife u?
DeleteN wife pulak..usaha tgga kejayaan..wlu susah nk kurus dgn exercise..mybe spend msa utk dptkn advice dr yg pakar. Pg fitnes centre ke ape ke.kita kene tegas sikit sometime.let ur husband be househusband pulak utk u workout to be wonderful n gojes wife n mummy as well!
For the third party..we were all human being. Org xtahu ape yg kita rasa kalau die sendiri xrasa. Org hanya tahu complain n bcakap mcm die sorg saje yg hebat. Tapi percayalah dgn janji allah..setiap amalan kita di hitung. Semua dr sbesar semesta or sekecil zarah.xkan terlepas. Baik niat awak..inshaallah..pasti ada ganjaran utk awak di akhirat nanti..sentiasalah memohon agar allah lindungi kita dr segala yg nahi munkar n maksiat.amin ya rabbal al amin...
Percayalah..semua akan bahagia kalau tahu tnggungjawab masing2.. tp probnye manusia ni sentiasa di uji..lagi2 those people yg cakap bagus xserupa bikin..jadi hatusla kita sentisa bmuhasabah..ingat balik kenapa boleh terjadi..musyawarahlah selagi mampu..kalau tiada jalan penyelesaian yg boleh diambil bdua bjumpa la yg lebih layak agar masing2 tidak menanggung lebih dosa..ingatlah anak2 di rumah..nak kah kita lihat one fine day anak perempuan kita dimadukan? Nk kah kita lihat anak lelaki kita perosak anak orang? Nk kah kita tgk anak kitadi gelar perosak rumah tgga? Ya allah..janganla jadi begitu..bedoa supaya allah sentiasa melindungi kita dan keluarga..inshaallah..ingatlah..dunia ni sekejap je..n purpose kita hidup pun utk mencari bekalan untuk di sana yg kekal abadi nanti..
U better go to school again mr.
DeleteCukup aku xstuju pd si komen yg membela pompan simpanan. Nak bg chan bagai.. Ingt la.. isteri lebih banyak berkorban kalau nk dibandingkan dgn pompan simpanan. Xperlu cari laki org kot. Ramai lg laki yg single. Jgn anaiya org.. dah tau dia berkeluarga jgn di ganggu. Ape kau rasa kalau kau kawen dgn laki org bila ko da beranak badan ko saing2 tong drum pastu laki ko cari pompan lain? Ape ko rasa? What goes around comes around.. kalau xnak diri kau disakiti, jgn sakitkan hati org lain. Kpd si suami yg curang yg xreti nak bersyukur, aku harap isteri kau yg gemok tu akn ada lelaki lain yg jauh lg baik dari kau akn sayang pd isteri kau. yg boleh terima kekurangan isteri gemok kau tu.. kepada si isteri yg teranaiya.. jgn putus harapan.. berdoalah pd Allah agar diberi kekuatan utk menghadapi dan berhadapan dgn ujian Allah.. aku tau perempuan boleh hidup tanpa lelaki dan boleh berjaya tanpa adanya seorang suami..
DeleteFvbn
DeleteSuatu pengajaran yg begitu bermakna...utk isteri2 kekadang kita juga kena berusaha lebih utk para suami...
ReplyDeleteKalo mampu..jadikan perempuan simpanan sbg isteri..nk btpe menambah dosa..islam xmelarang tp kebiasaan isteri yg melarang..akhirnya keadaan berlarutan dan terjadinya kisah-kisah sebegini..
ReplyDeleteHnya yg pernah melaluinya yg lebih fhm.. saya seorg isteri yg berkerja, penampilan diri cukup di jaga.. mkn pakai suami, anak2 cukup dijaga... wlupun penat, sentiasa meluangkan masa utk mereka... kepulangan suami sentiasa ditunggu wlupun subuh bru lah balik rmh.. saya x gemuk.. tp suami saya d kawal oleh pmpuan simpanan dia.. bla suami saya balik rmh, sms brulang kali smpi dijwb, fon smpi berpuluh kali smpi d jwb.. klu x jg jwb , kwn2 suami saya di maki2.. jd pompuan simpanan harus dibagi muka sbb dia ada hati? Fikirkanlah hati isteri yg x pernah mengeluh atau merungut dlm situasi ini.. bertepuk sebelah tangan x kan berbunyi.. cuba bezakan antara cinta dan nafsu.. klu benar cinta, maka nikahlah.. cinta kpd Allah lebih baik dr mencintai suami org .. klu benar itu cinta, napa berzina?
ReplyDeleteSabar bah kak. Komen camni tp hati akak sendiri mcm mana. Akak benarkan ke kalau suami tu kwen lain. Sabar byk2
DeleteAllahuakbar.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. cinta pd Allah adalah cinta yg kekal abadi.. semoga tabah ye.. dgn rahmatNya, moga berlipat ganda lah ganjaran puan
DeleteTiada istilah perempuan simpanan dalam islam. Yang ada isteri nombor 2 nombor 3 dan nombor 4. Dah terang terang istilah perempuan simpanan itu adalah satu hubungan yang tidak sah dalam islam. Dan akibatnya sudah pasti BURUK. Tepuk dada tanyalah iman.
DeleteHmm..kebanyakan suami yang curang sekarang ni istri diorang cantik jer..body solid..dari segi luaran lg cun drpd si perampas...perampas x cantik mana pun..badan gemuk..kecantikan x menjanjikan suami akan setia...
DeleteHmm..kebanyakan suami yang curang sekarang ni istri diorang cantik jer..body solid..dari segi luaran lg cun drpd si perampas...perampas x cantik mana pun..badan gemuk..kecantikan x menjanjikan suami akan setia...
Deleteamin...tq for ur info my friend.. so romantic abe n kakaknya
ReplyDeleteKalau dah ada no 2. Mana ada istilah cinta utk no.1.. no 1 hanya tinggal nama sebab tanggungjawab saja.. sedarlah wahai no 1
ReplyDeleteKalau dh no.2 jadi pujaan hati.. bermakna tiada cinta utk yg pertama.. sedarlah wahai isteri kamu tiada di hati
ReplyDeleteKita berkahwin kerana kita yang membuat pilihan sendiri bukan orang lain apabila sah menjadi isteri suami kena bertanggungjawab sepenuhnya dinilai kasih sayang anak bila dewasa akan meninggalkan kita mengikut haluan masing2 ibubapa juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti yang setia bersama kita itulah isteri kita...
ReplyDeleteUstaz ni pun satu hal. Boleh komen mcm tu jer walhal isteri dan prmpuan simpanan tu dia tak kenal. Paling afdal pun dia boleh jawab suruh suamibisteri dtng dan bagi kaunseling. Si suami tu klu mampu suruh dia kawin jer terus smpanan tu jg buat maksiat.
ReplyDeleteWal hal bukan ker dlm agama isteri d suruh berhias (jaga penampilan) dihadapan suami. Ustaz kena belajar lagi la rasanya......
ReplyDeletesokong pada :Anonymous at: 1/05/2014 8:36 pm
ReplyDeleteapa biasanya tanggungjawab seorang pempuan simpanan?
ada activity berzina ke? sampai encik suami seperti terlalu mengagungkan perempuan simpanan dia.
ustaz tade pula. sentuh bab ni ke?
sbb pempuan simpanan bukan macam madu madu (madu ada nikah/legal).
saya setuju dengan ustaz tu... kalau isteri sentiasa tak cukup sempurna di mata suami, lebih baik ceraikan saja. buat berat dosa je. bila pompuan simpanan jadi isteri dia baru dia sedar dapat yang lebih teruk.. 'habis madu,sepah dibuang"
ReplyDeletepempuan zaman sekarang... kikis sampai botak... harap Allah swt balas cash atas muka bumi ni... pada perempuan simpanan "beware"
ReplyDeleteJgn mencintai kecantikan shj, sesungguhnya kecantikan itu tdk kekal. tp cintakn lah dirinya & cinta krn Allah.. moga sentiasa nmpak isteri tu cantik hingga ke tua inshaa Allah. sama2 kita ambil ikhtibar dr kisah d atas.
ReplyDeletePerempuan simpanan tu belum jd isteri, cuba klo dh jadi isteri nak ke die berkongsi seperti yg dibuat die skrg ni...sye rase jwpannya totally tak ingin berkongsi suami dgn yg no 3...huhu
ReplyDeleteBiler dilihat semua comment ni rasa kelakar pulak......but one thing for sure banyak perempuan yang hanaya nak senang........tanggungjawab x nak........bagi yang dah ada isteri pikir2kan.......masa kamu ambil dia menjadi isteri kamu patut bertanggungjawab keatasnya......bukan dia serve korang je tau.......it works both ways supaya saling tarik menarik ke syurga!
ReplyDelete"it works both ways supaya saling tarik menarik ke syurga!"
Delete👍👏
kadang tak bole salahkan lelaki...ada isteri pertama yg membebani suami dgn minta mcm mcm..anak2 dibiarkan, dianya seronok kesana kemari..suami mencari rezeki utk keluaega..bila pulang rumah isteri bebel..kerja penat..makan minum tak dilayan..mmg patut suami ada yang lain..sb isteri zaman skang tahu pntingkan diri dn nak senang saja..sgala masalah suami tak mau didengar...suami tiada tmpat nk bercerita...maka inilah punca mencari kebahagiaan diluar..wahai isteri pertama sedarlah dn bersyukurlah atas kebaikan suami...walay dia ada simpanan pun dia tak abaikan tanggungjawab katas mu dn anak anak...sedar lah diritu...
ReplyDeleteWajarkah bersyukur punya suami yg melakukan maksiat... kalau perempuan simpanan itu terbaik buat kamu kawen lah ke 2,3 atau 4 sekalipun kalau mampu zahir dan batin.. tanggungjawab suami mendidik isteri yg tu pun x mampu nk buat camana nak poligami.. kembalilah ke jalan Allah... kalau susah hati mengadu lah pada Allah bukan pada perempuan lain.. banyak kan solat.. tahajjud bukan berkeluh kesah kepada orang lain... camana nak betul kan isteri kalau suami pun dah tak betul... dua2 kena kembali mengikut ajaran Islam..
DeleteKalo da agama kmu itu adalah islam. .maka buat spertimana agama kmu telah tetapkan. .para suami kalo da bristeri, pikul lah tanggungjawab kmu. Bgitu jg dgn isteri. Perempuan lain kalo da tau dia suami org segera la mansuhkan niat kamu. Lelaki buat stu d dunia. Byk lg cuma cara pilihan kamu. Jodoh x dtg sndriri. Kmu kna usaha tp biarlah betul. Xda sapa perlu d salahkan. Smua dari diri sendiri. Kta smua ada agama sndri. .ingat Allah S.W.T insyaAllah kta tahu mana baik n buruk. Kahwin itu spt mbina satu masjid n suami isteri tlah sama2 bjanji. Jd tunaikanlah. Ingat agam kta n ingat Tuhan kta.
ReplyDeletetiru cr rasulullah je la..sonang..
ReplyDeletebaginda syg khadijah...fuhhh
penerimaan itu lah yg mdtgkn kebahagiaan..
jgn mcari sbb myakiti isteri
jgn kamu perempuan mkhianati kaum kamu sdiri
andai tindakan mcipta sengsara org lain...
cinta yg mn yg dperjuangkn itu
mn cinta belas ehsan dan kecian..
para suami..
bgaimana kamu mlamar isterimu dulu
tgginya anganmu sampai ke awan
bl da kawen..
xseindah spt diimpi..
kamu cari lg..
realitinya..
begitulah akhirnya..
hgga kamu yg betulkn cr fikir dan tindakan kamu..
bl khadijah mnggal...
kahwin la baginda dgn aisyah..
saodah..
dan rmai lagi..
jika kau xsuka dgn pilihanku..
kau ku lepaskan..
para isteri..
ini pilihan kau punyer..
p k pej syariah
senaraikn sgl gj n tggungan suami
gagal sbb wang xcukup
xcukup nk bl produk kolagen stemcell bgai kat bini..
nk anto bini p spa pun xckp duit gak..
how dare a men always thing about them...
seorg hamba Allah..
jutawan..
boleh kwen rmai..
bl d tanya..nape xde yg lain..
jwpnnya cukup pendek..
sahabat: hal yg paling aku takut adalah..ADILKAH AKU????????
ingat baik baik...adilkah kau??????
sampai menangis...dia pk bab adil dulu...
beruntung lah isteri yg memiliki suami bijaksana...
lelaki dan suami akhir zaman..
yg beriman ramai..
yg bertaqwa belum tentu...
yg bertaqwa..dia mmg beriman..
saya memang seperti isteri yg diatas..gemuk..kurang berhias dan agak garang..tapi saya kalau rase bersalah saya cepat minta maaf dan memujuk suami..saya jd mcm tuh..sbb kerja penat tanggung keluarga..suami jarang2 kerja..tak kesa sgt nak tanggung anak bini..pandai2lah anak bini hidup...suami saya hanya berdoa dan bertawakkal shj..tanpa usaha tekun dan tanggungjawab.. baru2 ni saya tahu dia dlm diam2 telah menyimpan dua org perempuan bertahun2 tanpa pengetahuan saya..suami sorok phone..katanyer dia takde phone..rupenye itu alat utk dia berhubung..bila terbongkar katanyer dah nikah..namun tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan kesahihannyer..dan semua perempuan tuh menyangka merekalah satu2nyer "isteri"
ReplyDeletesuami saya ....semuanyer tak diberi nafkah..tanggung diri sendiri seperti saya..apalah nasib suami saya nanti yer...kejam sungguh die nih
Kalau begini ingat lah wahai wanita jaga lah penampilan sesudah berkahwin......
ReplyDeleteKalau ko betul nak ikut sunnah, lepas isteri pertama meninggal, ko baru praktikkan poligami. Tak gitu? Nabi tak madukan Siti Khadijah. Nikah lebih dari satu ni harus bukannya sunnah. Yang menjadi sunnah apabila seseorang lelaki itu dapat ikut adilnya Nabi. Sebab tu lelaki yang bijak dia tahu nak jadi seadil nabi ni bukannya mudah. Fikirkan lah..
ReplyDeleteSetuju.
DeleteSetuju
ReplyDeleteSgt setuju....tetibe sedihhhhh....
ReplyDeleteSetuju....tetibe sedihhhh...
ReplyDeleteSelalunya orang akan akan kata poligami dibenarkan dalam Islam, memang betul dibenarkan tapi dengan syarat tertentu.. zaman sekarang lelaki yang berpoligami ramai yang tak memenuhi syarat pun.. sebagai isteri pertama kita akan backup diri kita, memang betul ada juga yang mengabaikan tanggungjawab tetapi berapa ramai isteri yang berkorban untuk suami dan anak2 tetapi suami tetap berpoligami..
ReplyDeletekita percaya kepada qada' dan qadar tetapi hati wanita ibarat kaca wahai para suami.. kita sebagai isteri pertama tahu berapa banyak pendapatan suami dan kita la yang berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.. dugaan seorang wanita apabila ketika suami susah dan dugaan si suami ketika dirinya senang.
berbalik kisah perempuan simpanan, dia tetap seorang wanita.. walau bagaimanapun apabila kita memilih untuk menjadi pihak ketiga itu adalah jalan hidup yang anda telah pilih.. jangan sesekali menyalahkan isteri pertama kerana jika sebagai perempuan simpanan anda rasa bebanya macam mana pula si isteri yang telah berkorban segalanya..
ORG ORG YG KOMEN KAT ATAS NI APESAL BNYAK SGT YG ALA ALA POMPUAN SIMPANAN? KORANG RASA DIRI KORANG TU HEBAT SGT KE DPT SUAMI ORG? BANGGA KE BERJAYA JD PERAMPAS N PEROSAK RUMAHTNGGA ORG. DLM PENGALAMN SY, SY KAWIN MUDA.SUAMI 24 THN SY 23 THN. BKN NK BANGGA DIRI TP SY ADA PARAS RUPA.BODY STIL SOLID, SY JG SBB DA BERANAK.WALAU DA BRANAK BADAN STIL SOLID N SNTIASA BERHIAS UTK CNTIK.SUME SY BT,MASAK,KMS RUMAH, JG ANK, BEKERJA UTK KURANGKAN BEBAN SUAMI LG.TP KNP SUAMI SY NK CARI POMPUAN LAIN JG?APA SLH SY?APA YG SY KURANG,SY JAGA DIA KALAU DIE PENAT BALIK KEJE SY SDIAKAN AIR,MKN, KLU LETIH SY URUTKAN TANPA DISURUH,KLU DIE XBLI BRG DAPUR SY PEGI BLI PKAI DUIT SY SNDIRI XPNH SY BEKIRA, TP KNP MSTI DIE NK JALINKAN HBUNGN DGN PMPUAN LAIN? KLU LA ANDA2 SUME PMPUAN SIMPANAN KT ATAS NI TAU APA YG SY RASA, BRU LA KAMU TAHU CMNE PRASAAN SY SBGAI ISTRI YG RASA AMAT TERANAYA.KALAU KAMU PRMPUAN BAIK, KMU TDK AKN CUBE MENJALINKAN HBUNGN DGN SUAMI ORG.BYK LG ORG BJG DAN DUDA DILUAR SANA, JGN CKP "INI SMUA JODOH" "INI SUME TAKDIR"..SDANGKAN KAMU SNDIRI BOLEH MENGUBAH PERKARA TU. PK LA PRASAAN ISTRI ORG NI,JGN RASE KAMU TU HBT MNGGODA SUAMI ORG SBB KAMU BLM TAHU NASIB KAMU KLU KAMU DAH BERNIKAH DGN SUAMI ORG TU!
ReplyDeleteKesian kat akak.. lelaki ni memang tak penah cukup kan... doa la byk byk ye kak supaya suami akak insaf tak menggatal lagi kt luar.. saya paham perasaan akak..
DeletePerempuan simpanan yang syok dekat suami orang ni, cuba letakkan diri anda ditempat isteri orang tersebut. Ikhlas dan nak ke anda bermadu. Jgn disebabkan cinta gelap, korang guna agama sebagai alasan. Habis segala hadis korang google. Tak perlulah korbankan maruah diri menjadi tempat suami orang mengadu masalah hal rumahtangga. Korang pun belum pernah berkahwin. Pengalaman hidup rumahtangga apa yg korang ada. Realiti kehidupan alam rumahtangga tak sama seperti dalam novel atau drama yg kita tonton. Sekarang ni stok lelaki ramai, kalau tak ada yang warganegara malaysia, yang non warganegara pun banyak. Jodoh adalah ketentuan Allah. Poligami juga ada dalam Islam. Namun, tidak semua lelaki layak utk berpoligami. Bila Allah tak izinkan tetapi kita tetap nak juga menurut kata hati, berpoligami juga akhirnya makin porak peranda kehidupan. Malah makin teruk dari yang sebelum ini. Akhirnya bercerai juga dengan yang no.2. Yang no.1 juga kekal sebagai isteri. Namun kehidupan selepas semua masalah tidak.akan sama seperti sebelum masalah bermula. Anak-anak hilang respek pada si ayah. Isteri pula, hanya waktu yang mampu merawat luka. Bahagiakah kehidupan sebegini. Dan tahniah kepada perempuan simpanan kerana berjaya porak perandakan sebuah keluarga. Hanya yang layak berpoligami akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeletekkk
DeletePercaya pada Qadha' dan Qadar
ReplyDeleteSegalanya sudah tertulis sejak kita masih dlm kandungan ibu. Script dah siap. Dari belum lahir sampai nanti kembali padaNYA.
Nak salah atau marah pada siapa sebenarNYA. Tiap kejadian ada hikmahNYA. Hukum dah ada kenapalah pulak dipersoalkan. Hidup kita sebagai hamba suka tak suka tetap kena redha. Disini lah pentingnya hidup berpandukan al Quran yg diturunkanNYA. Hadis juga Sunnah Nabi saw. Benda dunia barang sementara yg dipinjamkanNYA. Tiada yg mutlak milik kita. Apa tujuan kita dihidupkan bukan mempersoal kita dan kehidupan
Setuju dengan nasihat ustaz diatas. Orang yang baik jodohnya dengan orang baik-baik. Berdoa pada Allah semoga Allah gantikan pasangan hidup yang lebih baik dari yang sebelum ini. Nasihat buat suami isteri, apa jua masalah rumahtangga yg sedang diuji, KOMUNIKASI amat penting. Ajak pasangan berbincang hati ke hati. Kalau isteri tak pandai berhias, belikan alat makeup. Jika isteri tak up to date, sama-samalah fikir dan cari solusi utk up to datekan pasangan. Jangan asyik mencari salah pasangan sebaliknya cuba selesaikan masalah bersama-sama. Rumahtangga kita, kita lebih tahu, apa masalah sebenarnya. Jika dah buntu sangat, minta pandangan makayah mahupun ustaz.
ReplyDeleteSaya da balik2 minta lepaskan tapi dea taknak. Korang rasa apa yg patut saya lakukan???
ReplyDeleteSalam, dah dibawa berbincang dengan family ke? Minta pandangan makayah sebelah suami dan juga isteri. Bawa bincang, kenapa perlu berpoligami.
DeleteHai mcm mcm kisah suami isteri/pompuan simpanan semuanya ada alasan masing masing siapa pun boleh jadi benar dan salah jika jodoh kita memang ada lagi pasti kita akan kahwin lagi jika tidak ada jodoh lagi pasti hanya satu isteri saja hingga ke akhir hayat......fikir baik/buruk dosa/pahala apa untungnya/ruginya semuanya harus difikirkan...selamat beramah...fikir-fikirkan......
ReplyDeleteHekelleh. Komen2 macam ler kukuh bab agama. Bila ada isu semua nak jadi tok guru nak tunjuk pandai lepas tu check brapa orang nak like. Lelaki yg ada perempuan lain mesti ada sebab. Sebahagian sebab ialah bila balik rumah nak rehat berlaku penolakan. Claki kluar rumah bawa rasa marah. Itu salah 1 punca yg biasa. Tapi klu dah memang jenis lintah tapah tu lain la......
ReplyDeletebegitulah pengorbanan seorang isteri & juga bergelar ibu yang harus dihargai dan disayangi oleh seorang yang bernama suami
ReplyDeletesalah tetap salah...zina x blh...haram. berkahwin dua tak semestunya tiada cinta untuk pertama. wanita selalu silap bila terlalu mengharapkan cinta dari suami...sedangkan cinta dari allah yang sepatutnya didambakan. suami hanyalah alat untuk memperoleh syurga. yang penting, segala tggjwb suami hendaklah dilunaskan...termasuklah tggjwb untuk memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap orang tanggungannya...
ReplyDeleteKalu laki aku aku ada pompuan simpanan , bule jln da ... gudbye ... tiada maaf bg mu ...
ReplyDeleteHuhu... Ckp mulut bole la...
DeleteJgn nak salah kan semua perempuan camtu.. X salah kalau nak jatuh cinta dgn suami org.. Quota 4... Kalau laki tu cukup dari semua benda x jadi masalah.. Cuma jgn sampai nak ceraikan yg pertama... Itu aku x leh terima... Belakar dari pengalaman sendiri...
ReplyDelete
ReplyDeletetetiba je airmata bergenangan bila usai membaca artikel kat atas tu, Syukurlah kerana saya sentiasa menghargai dan menyayangi isteri saya. ingatlah para lelaki semua, disebalik kejayaan seorang lelaki ada pengorbanan seorang wanita di belakangnya, tanpa wanita lelaki takkan berjaya.
poligami tk salah, yg salah berzina, aduhai teman-teman semua,, baik lelaki maupun perempuan,,,,,,dulukan iman dari nafsu. poligami tu hukumnya harus bukan wajib. cuba tanya, berapa ramai yang kawin lebih dari satu adalah bukan kerana nafsu? dan cuba tengok sejarah Rasul saw,,hanya Aisyah seorang yg anak dara manakala yg lain semuanya janda. Rasul kawin kerana tanggungjawab bukan mendahulukan nafsu.
ReplyDeleteArticle tu cuma bagi contoh satu perbualan yg mungkin atau mmg pernah berlaku. Tak perlu didebatkan siapa lebih betul, siapa yg curang antara lelaki dan wanita. Ini cuma satu kisah dari beribu ribu kisah yg lain. Ambillah teladan. Yg terasa, sila la berubah ke arah kebaikan.
ReplyDeleteKisah tipu buat sendiri je ni..poyo je..kalau dah tak reti tambat hati suami,nak salahkan suami?hehh..kelaka..
ReplyDeleteEleh.. jgn salahkan la kalau isteri curanng.. isteri je ke yg nk kena tambat hati suami? Suami plk? Kemon la.. isteri pon ada perasaan.
Delete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"