Sahabat Que 'Silent Readers'

Cuba Isi JAWAPAN Untuk PERSOALAN Ini | Sila JAWAB DENGAN JUJUR

11/08/2013 09:22:00 pm

Cuba Isi JAWAPAN Untuk PERSOALAN Ini | Sila JAWAB DENGAN JUJUR | Salam, Abe mohon korang jawab dengan Jujur dan Ikhlas... InsyaAllah korang akan dapat sesuatu...


1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:

1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul? Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).
"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).
"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)

Jawapan versi Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

MasyaaAllah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya..yakinlah !

Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT..

Semoga BERSYUKUR kita bernilai ibadah.. Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.' 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

2 comments

  1. saya ada satu kemusykilan.. (sebab saya bukan Islam pun) :p
    yang 5 perkara tu apa eh? yang dalam lagu raihan tu..
    sebab ada kaya sebelum miskin..
    ada kaitan tak dgn entri en.que?
    mungkin soalan saya ni macam remeh.. tapi saya ingin tahu.. :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad