HERO, Kucing Derita Kena Potong Kaki | [EKSKLUSIF] KISAH HERO Dalam Kenangan | Kisah Hero atau Iyo kucing derita akibat
kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia.
Ini merupakan
berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey
Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013.
Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan
apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong
pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.
Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki
Hero
adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya
atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu.
Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal
apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah
restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut. Mujurlah Mohd
Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui
Hero dan telah memelihara kucing tersebut.
Pada waktu itu, Hero ditemui
dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua
belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam
tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan
Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang
menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara
meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.
Punca Kematian Hero
Hero
disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November
2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut
menerusi laman rasmi ” KakiMotong FanClub”.
Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia
Biodata Papa Hero Pemilik Hero
Nama Penuh: Mohd Hairey Yahya
Nama Samaran: Papa Hero
Umur: 34 Tahun
Hobi: Pengumpul kucing terbiar
Laman Rasmi:
Video Kisah Hero Kucing Derita Kaki Dipotong
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"