KISAH MAAL HIJRAH | Jangan BERPRASANGKA, BERKONGSILAH | Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.
Satu malam tiba-tiba mati lampu, dengan bantuan cahaya HP dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau: "Kakak, ada lilin tak?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Gadis itu berfikir: JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA !!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, danBERKONGSILAH... Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.
Selamat berkongsi
Published with Blogger-droid v2.0.10
kadang kala kita ini mudah amat berprasangka pada sesuatu. Moga kita sentiasa berlapang dada dalam apa jua keadaan.
ReplyDelete