Sunday, 3 November 2013

MESTI BACA !!! | Kadang-Kadang ALLAH SWT Hantar Seekor Kucing Untuk Menjadi Guru Dan Menguji Kita Supaya Kita Muhasabah


MESTI BACA !!! | Kadang-Kadang ALLAH SWT Hantar Seekor Kucing Untuk Menjadi Guru Dan Menguji Kita Supaya Kita Muhasabah | Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.


Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita.

Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. kadang2 yang jadi geram tu bila kucing selalu selongkar bakul sampah kat dapur,habis semua sampah basah,sampah kering bersepah2,padahal dah bagi makan tu...haddooyy

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"