[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Di Lokasi MASJID BRUNEI DARUSSALAM Oleh BLOGGER
11/16/2013 10:51:00 am
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Di Lokasi MASJID BRUNEI DARUSSALAM Oleh BLOGGER | Segala kisah yang Abe kongsikan di sini adalah daripada Blog Sahabat, Amir Putera. Menurutnya: Plan nak ke Masjid Brunei Darussalam ni dah lama
sebenarnya, sebelum puasa lagi.
Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak
dielakkan, niat tu terpaksalah hold kejap hinggalah ke hari yang tak
dijangka pada Jumaat lepas.
baca lagi & lagi gambar2 MISTERI, klik TAJUK ENTRI ni
Kebetulan kawan aku free hari tu, esoknya
pula dia dah nak balik ke Langkawi, ada eloknya juga ajak dia sekali ke Danau Tok Uban
jadi peneman. Aku tak pernah lagi ke Danau Tok Uban tapi aku tau lokasi
masjid tu terletak di ceruk hujung kampung berdasarkan pembacaan di
Internet. Satu lagi sebab nak ajak kawan teman, tempat tu dikatakan agak
misteri. Kalau jadi apa-apa pun ada kawan yang mungkin boleh membantu.
Tertera ayat Masjid Brunei Darussalam dalam tulisan jawi. |
Kitorang bertolak ke Pasir Mas lepas
selesai solat Jumaat. Dalam pukul 3 petang lebih kurang. Terlewat
setengah jam daripada waktu yang dijanjikan sebab perut aku tiba-tiba
meragam hehe.
Cuaca petang tu ok. Tak panas, tak mendung. Jarak Pasir Mas pula
kalau nak diikutkan taklah jauh mana dengan rumah kitorang kalau ikut
jalan shortcut. Tapi disebabkan tak pernah lagi ke Tok Uban,
perjalanan tu betul-betul rasa jauh. Jauh sebab sebenarnya salah tempat
haha. Berpusing-pusing kat tempat yang salah. Patutlah bila tanya
sorang pakcik kat mana Masjid Brunei dia macam agak susah nak cakap.
Pada mulanya aku ingat sebab kemisterian lokasi masjid tu, rupanya sebab
tempat tu jauh lagi sebenarnya dan banyak simpang. Aku follow tunjuk
arah pakcik tu tapi akhirnya keluar ke jalan yang aku masuk awal-awal
tadi. Patah balik rupanya. Nombor 0.
Takwim tahun 2011 pada bulan Syawal dengan beberapa buah kitab suci al-Quran kat atas mimbar. Bersih, langsung tak berhabuk kat jari bila dicalit. Ada orang baca nampaknya tapi tak banyak kitab al-Quran yang aku jumpa dalam masjid ni. |
Tapi yang misterinya secara kebetulan sorang kawan yang tinggal kat
Pasir Mas tiba-tiba call. Dah dua tahun rasanya dia tak pernah call.
Seolah-olah hari tu macam ada sesuatu nak bagi petunjuk untuk sampai ke Masjid Brunei Darussalam
yang terletak di tebing tasik Danau Tok Uban. Alang-alang nak ke tempat
misteri, cara berfikir pun mestilah mistik-mistik sikit haha.
Berpandukan direction daripada mak kawan aku tu akhirnya sampailah kitorang ke Masjid Brunei Darussalam.
Betul-betul hujung kampung. Kalau nak cerita liku-liku jalan sebelum
sampai ke sana memang panjang. Kalau korang nak ke sana cubalah
rajin-rajinkan diri tanya orang setempat. Aku yakin tak ada orang kat
situ yang tak tau kat mana letakkan Masjid Brunei Darussalam. Budak
perempuan yang aku tanya arah jalan hari tu pun tau tempatnya. Cuma satu
nasihat daripada aku, banyakkan bertanya orang kalau nak ke sana. Kalau
tak, ada kemungkinan korang boleh sesat. Sebab? Sebabnya ada banyak
simpang. Salah masuk simpang nanti kang entah ke mana korang menghala
hehe.
Kenapa masjid ni dinamakan Masjid Brunei Darussalam
yang terletak di hujung kampung dalam daerah Pasir Mas, Kelantan? Dalam
entri akan datang aku akan ceritakan serba sedikit sejarahnya, sangat
menarik. Tapi yang sebenarnya aku tertarik dengan kisah Danau Tok Uban
yang banyak cerita misteri terkandung di bawah tasik dan sekitarnya.
Itu pun aku akan kongsikan dengan korang dalam entri akan datang
termasuklah kaitannya dengan kebangkitan Islam pada akhir zaman.
Agak pelik kenapa ada kitab al-Quran tanpa kulit terletak kat atas tiang ni. Basah sikit sebab kena titisan air dari siling. |
Dalam entri pengenalan Masjid Brunei Darussalam ni cuma nak tunjuk
beberapa gambar yang sempat aku ambik sepanjang sejam berada di sana.
Ada 20 gambar kesemuanya. Kalau lambat load tu harap dapat bersabarlah
ye. Tapi agak sedih sebab masjid ni seolah-olah terbiar.
Mungkin ada orang yang suka baca Quran kat sini bersaksikan pemandangan tasik yang luas seluas mata memandang. |
Ruang solat dalam masjid. Hanya ada
sehelai sejadah saja. Yang peliknya sejadah tu seolah-olah dihamparkan
oleh seseorang yang seakan-akan tau kitorang nak solat Asar kat situ.
Macam nak tunjukkan arah kiblat yang sebenar yang sedikit serong
daripada kedudukan mimbar. Aku kibas sejadah sebelum guna, tak berhabuk
tapi ada sampah sikit kat atasnya. Bermakna, ada orang yang guna dalam
masa terdekat sebelum ni. Tapi masa aku kibas sejadah terasa sejadah tu
dah agak reput sampaikan terkoyak sikit kat bahagian bawah masa aku
kibas sikit nak buang sampah. Terbukti sejadah tu dah agak lama.
Pemandangan dari sebelah luar masjid. Nampak tasik tu? Luas, tenang dan damai je kat sini. |
Tangga nak ke bumbung masjid. |
Tapi sayang berkunci pulak. Tak dapat nak tengok pemandangan dari atas bumbung. |
Kolam yang nampaknya agak lama tak berisi air. |
Jeti masjid. First time aku tengok masjid ada jeti. Unik. |
Air tasik makin surut nampaknya. Tengok kesan kuning keperangan tu. |
Sekitar tebing tasik yang dipenuhi dengan bunga kiambang. Sekali tengok macam rumput padang pun ada. Jangan tersilap langkah sudah. |
Tak jauh dari masjid boleh nampak satu pulau (agaknyalah). Nampak macam ada rumah. Cer zoom sikit.
|
Macam dah terbiar. Teringin nak tinjau ke sana tapi tak tau macam mana. |
Tak jauh dari masjid aku perasan ada beberapa tiang yang macam pembinaannya tergendala. |
Ni ada beberapa lagi tiang kat satu kawasan yang lain. Sekali tengok terlintas macam Stonehenge kat England lak. |
Dulu masjid ni dikatakan selalu diimarahkan oleh pelajar-pelajar
Tahfiz. Sekarang ni tak pasti status masjid ni macam mana. Hari tu tak
sempat nak jumpa penjaga masjid yang rumahnya terletak tak berapa jauh
dari masjid. Tengok sekali imbas macam dah tak digunakan.
Antara sebab-sebab kemungkinan yang aku rasa masjid ni dah tak digunakan:
- Lantai masjid yang dipenuhi dengan najis burung.
- Sejadah yang aku jumpa hanya satu saja.
- Dalaman masjid yang kosong seolah-olah semua barang dipindahkan.
- Wujudnya satu lagi masjid di pintu masuk kampung sebelum sampai ke Masjid Brunei ni.
Sebelum balik aku sempat tanya sorang budak lelaki yang jalan-jalan
kat situ dengan motor. Katanya masjid ni masih lagi digunakan. Secara
logiknya mungkin betul masih lagi digunakan sebab paip air dan elektrik
berfungsi dengan baik. Cuma yang menjadi tanda tanya kenapa lantai macam
dah lama tak dibersihkan? Atau mungkin mata kitorang ditutup untuk
melihat hal yang sebenar dalam masjid tu? Kalau betullah macam tu,
kitorang adalah orang yang sangat rugi.
Sekitar 6:30 petang kitorang bertolak balik. Elok je masuk kereta,
awan hitam dah mula menebal. Angin punyalah kuat. Lebih kurang 10 Km
dari masjid hujan turun dengan sangat lebat sekali dengan angin kencang
sampaikan hampir-hampir tak nampak jalan. Nasib baik dah keluar ke jalan
besar. Kalau tak, mesti seram duk dalam hutan dengan hujan yang sangat
lebat tu. Tak gerak dah rasanya. Jarak simpang dari jalan besar ke
masjid lebih kurang dalam 8 Km. Sempat lagi set jarak dalam meter kereta
eheh.
Malam esoknya aku dapat satu mimpi yang sangat aneh. Bukan aneh
sebenarnya, tapi lebih kepada misteri. Yang pernah baca status aku kat
Facebook pada 11 September lepas tahulah apa yang aku mimpi hari tu.
Pada mulanya ingat sekadar mimpi biasa tapi bila diteliti balik segala
yang berlaku dalam mimpi tu termasuklah satu pesanan yang disampaikan,
aku jadi terkedu.
Betul kata kawan aku, tak sepatutnya mimpi macam tu aku hebahkan
kepada umum walaupun dengan niat untuk bertanya pada mulanya. Malam
sebelum tu pun aku mimpi yang hampir sama iaitu pada malam aku balik
dari ziarah Masjid Brunei Darussalam. Mungkin mimpi tu
ada kaitan dengan ziarah aku ke Danau Tok Uban yang dikatakan penuh
dengan misteri. Antara percaya atau tak, tapi tak rugi kalau menganggap
serius dengan mimpi tersebut.
InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang aku nak ke sana lagi untuk berjumpa dengan penjaga Masjid Brunei. Sekadar nak mendapatkan info termasuklah sejarah Masjid Brunei yang dibina pada tahun 1992 oleh Sultan Brunei.
8 comments
1992? baru lagi la jugak masjid ni dibina.. lebih kurang 20 lebih tahunnya kan? seronok lah baca... nak tahu lagi...
ReplyDeleteBismiLLah.. Mimpi apa ya?
ReplyDeleteBOLeh share?
Bismillah.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
Mimpi apa ya? Boleh tolong share?
BismiLLah.. Mimpi apa ya?
ReplyDeleteBOLeh share?
Boleh anda bongkarkan sejarah sebenar Masjid Kg.Laut? dan yg mana kah masjid yg asal? Ketinggian Asal.. Rupa bentuk asal, cara pemindahan serta Tahun nya..dan siapa yg memindahknya? Masjid tertua diasia tenggara adlh Khazanah negara yg xpatut diputarbelitkan...
ReplyDeletepagar yg bkunci nak pegi bumbung masjid tu.. Kenapa ada imbas2 seorang lelaki yg ber serban bdiri kat sebelah tepi kiri menghadap kt gambar ne?
ReplyDeleteSayang masjid yang cantik macam ni tak digunakan
ReplyDeleteAsalamualaikum tuan tanah dan pembaca,
ReplyDeleteKesah mesjid ini ada diceritakan dalam blog Catatan Si Merah Silu, silalah selusuri blog tersebut. Muga ada manfaatnya.
Terima kasih.
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"