SUAMI TERBAIK | BACA UNTUK Kurangkan STRESS
11/27/2013 04:01:00 pm
SUAMI TERBAIK | BACA UNTUK Kurangkan STRESS | Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym.
Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
"Hello?"
"Abang, ni sayang ni," "Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iye."
"Sayang sekarang ni berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma RM 1500.00 aje..."
"O.K. Belilah. Kalau memang awak dah suka sangat."
"Ahhh..thanks bang, dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2013. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma RM 280,000 je..."
"O.K, tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang ni untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. Cantik kan, bang??"
"Berapa harga yang mereka minta?"
"Cuma RM 740,000...O.K kan, bang? Dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover lagi harga tu..."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM 700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang. Kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"
"Bye...I Love you too..." Lelaki itu berhenti bercakap. Menutup flap handphone sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada semua yang berada dalam bilik tersebut...
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NI SIAPA PUNYA?"
hahahahahaha... mampus la tuan punya handphone tu......kihkihkih
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
hahahha...
ReplyDeletewarfak lu bro.itu gua punya handphon la
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"