[TERKINI] KES VILLA NABILA | [Mohd Izzat
Izuddin Hussin] Budak Hilang Di VILLA NABILA JOHOR BAHRU Telah Ditemui | Sejak beberapa hari ini kecoh di laman sosial mengenai kononnya
seorang remaja “Hilang di Villa Nabila” (klik untuk baca Kisah Villa Nabila)
credit gambar: Blog Mazidulakmal.com |
Berita ini tersebar luas di
media termasuk di Buletin Utama TV3 semalam (18/11/2013). Kes remaja
bernama Mohd Izzat Izuddin Hussin yang dilaporkan hilang sabtu lalu
disebarkan di media massa kerana ada laporan polis di buat oleh ibu
mangsa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada juga pihak yang membuat andaian dan pendapat bahawa remaja itu
disorok oleh makhluk halus yang berada di Villa Nabila. Bagaimanapun
semua andaian dan pendapat itu tidak boleh dipakai kerana tiada bukti
sahih 100%. Semua pihak boleh membuat andaian tetapi tanpa bukti yang
kukuh kita tidak boleh mempercayainya 100%.
Terbaru melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu blog Mazidul Akmal (Wartawan TV3) telah melaporkan bahawa remaja yang dilaporkan
hilang di Villa Nabila sudah ditermui awal pagi tadi. Remaja, Izzat Izuddin Hussin telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas
tengah malam tadi. Remaja berkenaan bersama dua rakan lelaki dan
perempuan dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn.
Izzat yang sebelum ini memasuki Villa Nabila dikatakan membuat
keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Setelah
Buletin Utama menyiarkan berita mengenai kehilangan remaja itu, orang
awam yang tinggal di Flat Desa Mutiara telah menyalurkan maklumat
kepada pihak polis.
P/S: Satu Malaysia ditipu dengan permainan budak ni.
budak ni sebenarnya lari dari rumah jer kan? hu hu hu...
ReplyDeleteMenyusahkan jer ...
ReplyDeleteNanti besar tipu satu Malaysia
ReplyDeleteLUASKAN kuasa MU
bab mengarut ni memang le ramai yang suka ... terutama melayu ... melayu umno....!!! kah..kah..kah..!!!
ReplyDeleteJgn la nk libatkn politik sngt..pendek akal la..tnk positif and jgn nk slahkn org lain..yg bezanya budak ni msuk media n korg pn msty ada bwt slah tpi org len xtw pun..pape ntah..yg komen negatif ni x penah kluar jmpe dunia luar and hnya brkwn dngan org stempat je..kt luar tu lg bnyk yg lgi truk dr bnda ni..manusia ada akal untk brfkir and haiwan hnya ada otak..yg mna stu nk plih? Pape pun psal kes ni ada positif and ada negatif..yg negatif tu jdikn pngjaran..ini hnya brkongsi and thk positif.
ReplyDelete