Sahabat Que 'Silent Readers'

5 Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita | TAHUKAH ANDA?

12/02/2013 09:35:00 pm

5 Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita | TAHUKAH ANDA? | Bertul ataupun tidak fakta-fakta ini, terpulanglah kepada penilaina m asing-masing...


Di sini Abe kongsikan dengan korang semua... nilaikanlah...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.

Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad