Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi [GAMBAR] | Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah
12/10/2013 12:33:00 pm
Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi [GAMBAR] | Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah | Benar-benar anak derhaka seorang anak China boleh dikatakan anak
derhaka kerana telah meninggalkan seorang ibu dan membiarkan orang yang
melahirkannya tersebut dalam kandang babi.
Sungguh ini sangat
menyedihkan dan derhaka, bagaimana boleh seorang anak buat
seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Chen
Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di
media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di
kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun.
Diberitakan Telegraph, komen pedas terhadap Chen bermula dari
sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan
bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun
bersama-sama babi-babi.
Ibu
malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan
tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku selesa tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni
lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata
Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen
mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik
di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak mahukan dia tinggal di
sini," kata Chen.
"Apakah
yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat
merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata
seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke
kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau busuk sekali sampai saya
tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.
Gu
Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya
untuk keluar dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar
meyakinkannya kerana ibunya mengaku dah selesa di situ. "Banyak lalat dan nyamuk
di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati
saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak
sedih?" kata Gu.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"